Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jenis-jenis Pakaian Yang Sesuai Dipakai Oleh Guru


Pakaian Guru Ke Sekolah Atau Tugas-tugas Rasmi

Secara asasnya penampilan guru sekolah  hendaklah kemas dan bersih serta mengambil kira batasan dan kesopanan masyarakat.

Menurut surat pekeliling ikhtisas bil 6/1985 panduan pemakain guru adalah seperti berikut.

A. Sewaktu Bertugas di Bilik Darjah

Guru Lelaki

1. Seluar Panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau 'bush-jacket' atau lounge suit'. Jika baju berlengan panjang, lengan baju jangan dilipat, baju hendaklah "tack in"

2. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis denganya.

3. Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam golongan baju melayu dan di pakai dengan seluar panjang.

4. Pemakain baju melayu dengan kain sarong (kain samping).

5. Jeans, Track suit, seluar pendek, kemeja T atau kemeja sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, selipar, kasut getah dan lain-lain pakai yang menjolok mata adalah tidak di benarkan.

Guru Perempuan

1. Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.

2. Kasut kulit, selipar, cerpu atau yang sejenis denganya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.

3. Kasut sukan, jeans, slacks, track suit, kemeja T, Kemeja sukan, jersi, seluar pendek, dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta laian-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak dibenarkan.

B. Sewaktu Bertugas di Luar Bilik Darjah (Ketika Menjalankan Gerakerja Pendidikan Jasmani Dan Sukan) 

Guru Lelaki dan Guru Perempuan

1. Track suit, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru lelaki sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerakgeri dalam gerakerja tersebut.

2. Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakerja, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai dipakai. 

C. Sewaktu Menjalankan Kerja-Kerja Praktikal Di Bilik Makmal atau Bengkel

1. Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktikal di tempat-tempat berkenaan hendaklah dipakai.

2. Seluar panjang dan baju berbaju kemeja. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipat, jika perlu.

3. Bagi guru perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah boleh dipakai dan hendaklah sesuai dengan jenis kerja-kerja praktikal tersebut.

D. Sewaktu Menjalankan Kerja-Kerja Praktikal Sains Pertanian

1. Pakaian Khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktikal di tempat berkenaan hendaklah dipakai.

2. Seluar panjang dan berbaju kemeja (jika berlengan panjang, lengan baju itu boleh dilipatkan, jika perlu) atau kemeja sukan; kasut sukan atau kasut getah.

3. Bagi guru perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah atau laian-lain pakaian yang sesuai dengan kerja-kerja praktikal tersebut, dengan berkasut sukan atau berkasut getah.
                                                                                          Untuk melihat surat pekeliling ikhtisas bil 6/1985 panduan pemakaian guru (9 Mei 1985), sila muat turun disini.

Catat Ulasan for "Jenis-jenis Pakaian Yang Sesuai Dipakai Oleh Guru"