Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mengisi Amalan Baik Murid Di Dalam SSDM

SSDM iaitu Sistem Sahsiah Diri Murid terdiri daripada 4 tahap pengguna iaitu:
Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Isi Kandungan
-Pengenalan SSDM
-Pelaksanaan SSDM
-Langkah-langkah untuk Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Online
-Senarai Amalan Baik SSDM
-Contoh pengisian Amalan Baik murid ke dalan SSDM semasa PdPR

Pengenalan SSDM
SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah. SSDM membawa maksud “Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid. Sistem ini adalah berasaskan web yang bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan cara mudah dan berkesan.

Bukan itu sahaja, SSDM juga dapat membantu dalam menyediakan maklumat dengan efektif dan terkini. Maka dengan cara sebegini, pengurusan di semua peringkat akan dapat membuat perancangan awal bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

Pelaksanaan SSDM
Sistem ini turut dapat melaksanakan beberapa tugas seperti:
Merekod kes-kes salahlaku murid
Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
Kini, Sistem SSDM Online v2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

Langkah-langkah untuk Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Online

Langkah 1
Buka laman web https://ssdm.moe.gov.my/
Masukkan ID Pengguna dan kata laluan dan tekan butang masuk
*Id dan kata laluan boleh dapatkan dari PK HEM atau guru disiplin sekolah.



Langkah 2
Buat carian maklumat murid dengan memasukkan NO KP atau NAMA MURID dan tekan butang Cari Rekod Murid >>
*Lebih mudah buat carian menggunakan nama murid. Tak perlu masukkan nama penuh. Senarai nama murid yang sama akan terpapar.



Langkah 3
Pilih nama murid yang ingin dimasukkan amalan baik dengan klik pada butang Papar Kes



Langkah 4
Maklumat murid tersebut akan dipaparkan
Klik pada butang Tambah Amalan Baik untuk mengisi amalan baik
*Untuk mengisi kes salah laku murid, klik pada butang Tambah Kes



Langkah 5
Sila pilih maklumat yang diperlukan seperti
-AMALAN BAIK
-TARIKH
-MASA
-TEMPAT
-KETERANGAN AMALAN BAIK
-NAMA GURU PELAPOR

*Tik pada Saya mengesahkan data ini adalah benar.
Seterusnya tekan butang Simpan



Langkah 6
Popup akan mengatakan Maklumat Berjaya Disimpan. Klik butang OK
Seterusnya maklumat telah berjaya disimpan


Tahniah !!! Maklumat Amalan Baik berjaya direkodkan.

Sila tekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem atau tekan butang Tambah Amalan Baik untuk murid yang lain.

#PENGISIAN AMALAN BAIK DI DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)

Senarai Amalan Baik SSDM



Contoh pengisian Amalan Baik murid ke dalan SSDM semasa PdPR

AMALAN BAIK: MENZAHIRKAN MANA-MANA AMALAN BAIK
KETERANGAN AMALAN BAIK: Memberi respons bersedia untuk mengikuti kelass PdPR

Catat Ulasan for "Cara Mengisi Amalan Baik Murid Di Dalam SSDM"