Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan


KEMATIAN PENJAWAT AWAM DALAM TEMPOH PERKHIDMATAN:APA YANG PERLU PIHAK WARIS TAHU.

Khairat
======

Khairat kematian bg penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan perlu dituntut dari jabatan terakhir/jabatan mengurus pegawai berkhidmat. JPA menguruskan tuntutan khairat kematian bagi pesara sahaja.Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan khairat berjumlah RM3000 dan juga kos pengangkutan jenazah.

Ganjaran Terbitan
===============

Faedah pembayaran sekaligus yang dibayar kepada waris berdasarkan pengiraan

7.5% x Jumlah Genap Bulan Berkhidmat x Gaji Terakhir.

Pencen Terbitan
==============

Pencen bulanan yang terbit akibat kematian anggota yang dibayar kepada tanggungan berdasarkan pengiraan

1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan x Gaji terakhir.
(Bagi yang berkhidmat kurang 10 tahun, formula yang digunakan ialah 1/5 x gaji akhir)
 
Ganjaran Cuti Rehat(Maksimim 150 hari)
==================================

Ganjaran yang dibayar bagi menggantikan cuti yabg terkumpul. Formula pengiraan ialah 1/30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji akhir termasuk elaun)

Ex Gratia
========

Pembayaran Ex Gratia Kematian Sekaligus (Pekeliling Bil 11/2019)

Pekeliling terbaru sepertimana diumumkan dalam Bajet 2019 iaitu pembayaran ex gratia sekaligus kepada waris anggota yang meninggal dalam perkhidmatan. Bagi yang berkhidmat kurang 5 tahun akan menerima ex gratia berjumlah RM150,000, berkhidmat antara 5 tahun ke 10 tahun RM100,000. Yang berkhidmat antara 10 ke 15 tahun sebanyak RM75,000. Bagi yang berkhidmat antara 15 ke 20 tahun menerima ex gratia berjumlah RM50,000 manakala yang melebihi 20 tahun tidak akan menerima ex gratia. Ini kerana faktor pencen yang diterima. Penjawat awam yang baru berkhidmat menerima ex gratia sekaligus lebih tinggi kerana pencen mereka lebih kecil berbanding yang telah lama berkhidmat.

Sumber:Web JPA

Bacaan terdahulu:Khairat dan Ganjaran akibat kematian sewaktu tempoh berkhidmat

Catat Ulasan for "Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan"