Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LOGIN (APDM) Aplikasi Pangkalan Data Murid 2022

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah aplikasi secara online yang mengumpulkan databse setiap murid di seluruh sekolah Malaysia. Ianya adalah aplikasi sehenti yang sangat beguna di dalam penyusunan data murid di sekolah. APDM amat berkait rapat dengan aplikasi lain seperti SAP, eOperasi dan PAJSK.

Login ke Dalam APDM
Untuk log masuk ke dalam APDM, klik link ini: https://apdm.moe.gov.my/

  • Masukkan ID pengguna anda dan kata laluan.
  • Kemudian klik hantar.
  • Jika terlupa kata laluan, klik “lupa katalaluan” yang tertera di bawah bahagian login tersebut.
Cara Memadam Murid APDM
Cara untuk memadam murid dalam database APDM adalah seperti berikut:
  1. Log masuk ke dalam APDM dengan memasukkan ID dan kata laluan.
  2. Lihat paparan menu di sebelah kiri, pilih menu “data murid”.
  3. Kemudian halakan tetikus anda ke bahagian “kelas”.
  4. Lakukan pemilihan kelas.
  5. Lihat pada bahagian tindakan, tertulis ‘padam’. Klik jika hendak memadam.
  6. Akhir sekali klik “padam murid.”

Cara Kemaskini Maklumat Murid APDM
Ini adalah cara untuk para guru membuat kemaskini No KP murid bukan warga.
  1. Guru kelas perlu log masuk dengan menggunakan maklumat log masuk guru kelas.
  2. Ini bertujuan untuk semak sama ada nama murid yang ingin disemak terdapat dalam maklumat murid bukan warga.
  3. Kemudian pilih nama murid yang berkenaan.
  4. Klik pada kemaskini no KP untuk membetulkan ralat pada maklumat tersebut.
  5. Masukkan no kad pengenalan yang betul.

Apabila data bertindih / berlaku duplikasi, ikuti cara berikut:
Admin perlu padam salah satu dan nyatakan sebabnya sebagai “data duplicate”.

Cara Kemaskini Maklumat Adik Beradik Dalam APDM
Ini cara untuk membuat kemaskini maklumat adik beradik.
  1. Log masuk ke dalam APDM dengan ID guru kelas.
  2. pastikan mengisi lengkap ruangan ” bahasa pertuturan di rumah” dan ” anak ke berapa”.
  3. Jadual tahun dilahirkan bagi setiap anak akan terpapar.
  4. Isikan semua ruangan kosong.
  5. Klik butang ‘kemaskini’ kemudian semak semula sama ada betul atau tidak.

Maklumat Murid Salah Dalam APDM
Jika maklumat murid salah, ikuti langkah ini:

Semak jika terdapat kesalahan pada maklumat-maklumat ini:
  • Sijil lahir
  • Nama
  • Agama
  • Jantina
  • Kaum/ Keturunan
  • Warganegara
  • Kemudian hantar email kepada pihak petadbir APDM di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. 
Dalam email tersebut perlulah mempunyai maklumat seperti:
  • Kod sekolah
  • Nama sekolah
  • Nama murid
  • No Kad pengenalan
  • ID murid
  • Tahun dan kelas
  • ralat yang berlaku
  • pembetulan yang diperlukan
  • Maklumat pengirim.
Attach dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan maklumat dan ralat yang berlaku.

Dokumen berikut perlu disahkan:
  • Salinan kad pengenalan
  • Surat lahir
  • Kad agama
  • Dokumen berkaitan kewarganegaraan

Hubungi
Hubungi nombor pegawai meja admin berikut jika terdapat sebarang persoalan.Ianya mengikut negeri anda.


Apakah laman web APDM?

Bagaimana cara padam maklumat murid dalam APDM?
Log masuk dan pilih menu ‘data murid.’ Pilih murid yang hendak dipadam maklumatnya, klik padam.

Apakah dokumen diperlukan bagi pengesahan murid?
Salinan kad pengenalan atau surat lahir.

Catat Ulasan for "LOGIN (APDM) Aplikasi Pangkalan Data Murid 2022"