Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Modul PDPR Matematik Tahun 1 2021

Modul PDPR Matematik Tahun 1 ini diwujudkan bukan sahaja kerana proses pembelajaran dari rumah semata-mata. Tetapi ia juga mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
-Sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang;
-Membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum

Kaedah Modul PDPR Matematik Tahun 1 Dilaksanakan
Ada yang tertanya-tanya bagaimana kaedah Modul PDPR Matematik Tahun 1 ini diadakan? Sebenarnya, modul PDPR Matematik Tahun 1 ini dilaksanakan dengan 2 cara iaitu:

1- Kaedah Menggunakan Modul PDPR Matematik Tahun 1
Modul ini ini di buat dan perlu di rancang secara berstruktur. Antara perkara yang terkandung di dalam modul ini ialah:

Modul PDPR Matematik Tahun 1 ini mengandungi:
-Sasaran murid atau pelajar (prasekolah, rendah, menengah);
-Tajuk atau tema modul;
-Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
-Tempoh pelaksanaan aktiviti;
-Nota berkaitan tajuk modul;
-Aktiviti yang relevan dengan topik PdP atau aktiviti yang mengalakkan murid belajar berdasarkan pengalaman sendiri
-Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid.

Modul PDPR Matematik Tahun 1 ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan.

Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir sebelum menerima modul pembelajaran.

2- Kaedah Kaedah Projek
Kaedah berasaskan projek adalah satu kaedah mengikut matapelajaran atau mengikut gabungan mata pelajaran. Kaedah pelaksanaanya adalah seperti berikut:
-Memberi tajuk kepada murid;
-Membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah
-Menyiapkan projek yang diberikan;
-Membimbing murid untuk mengenal pasti bahan,
-Peralatan dan kos yang diperlukan;
-Menentukan jangka masa menyiapkan projek;
-Membimbing murid menyelesaikan projek;
-Membentangkan hasil projek;dan
-Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek
-Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain seperti flipped classroom, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran penyelesaian masalah.

Peranan Ibu Bapa Dan Guru Sewaktu Proses PDPR
Proses PDPR memerlukan peranan dari semua pihak terutama sekali ibu bapa dan juga guru. Antara peranan yang boleh di mainkan ialah:

Ibu bapa/penjaga berperanan untuk:
-Membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru
-Membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan berbagai medium lagi.

Guru Pula Berperanan Melaksanakan PDPR Seperti Berikut:
Menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa
Merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;
Menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid
Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan
Memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru;
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid
Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah
Merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.

Koleksi Modul PDPR Matematik Tahun 1 2021


Ramai ibu bapa tertanya-tanya dekat mana nak dapatkan Modul PDPR Matematik Tahun 1 untuk membantu anak-anak belajar di rumah. Untuk Yang mencari Modul PDPR Matematik Tahun 1 anda boleh klik link di bawah ini:

#modul pdpr prasekolah 2021 
#modul pdpr tahun 1 2021 
#koleksi modul pdpr 2021 
#modul pdpr matematik 
#contoh modul pdpr prasekolah 
#contoh kaedah pdpr dalam talian 
#modul pdpr bahasa melayu 
#modul pdpr bahasa inggeris

Catat Ulasan for "Modul PDPR Matematik Tahun 1 2021"