Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

(TERKINI) SBPA Tidak Dilaksanakan, SSM Ditambahbaik

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.

Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

http://www.ar-rifke.com/wp-content/uploads/2012/03/sbpa-terbaru.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Sebagai contoh: Gaji bagi DG41 P1T8 ialah RM2329.00 X 13% =  RM302.77

Gaji baru ialah RM2329.00 + RM302.77 = RM2631.77

Berita COLA juga berkemungkinan naik RM50 disini...

Catat Ulasan for "(TERKINI) SBPA Tidak Dilaksanakan, SSM Ditambahbaik"