DARI GURU UNTUK MURID & GURU

Breaking


Tuesday, February 13, 2018

Video Kebakaran Di Bangunan KWSP Petaling Jaya

Gambar kebakaran bangunan KWSP Jalan Gasing, Petaling Jaya

Maklumat Dan Simpanan Ahli KWSP Terjejas Berikutan Kebakaran Di Bangunan KWSP Petaling Jaya ?


PENJELASAN di sebenarnya.my:
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperjelaskan dakwaan bahawa maklumat dan simpanan ahli KWSP terjejas berikutan kebakaran di  bangunan KWSP cawangan Petaling Jaya sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa cawangan dan pejabat Petaling Jaya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran di bangunan tersebut.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.”

Ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut. Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.





VIDEO KEBAKARAN BANGUNAN KWSP JALAN GASING


Hartanah|Saham|Viral Di Internet|Jalan-Jalan Cari Makan|Tips|Cerita Lawak
www.azman.men

No comments:

Post a Comment


[ Dasar Privasi ] | [ Dasar Keselamatan ] | [ Penafian ]
[ Hubungi Saya (Contact Me) ]