Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Elaun Penjawat Awam 2023 (Berapa Kadar Imbuhan Kerja Kerajaan)


Salah satu kelebihan bekerja kerajaan adalah diberikan beberapa elaun penjawat awam sebagai ‘duit tambahan’ selain daripada gaji, biarpun jumlahnya bukanlah begitu besar namun ia cukup bermakna untuk digunakan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi.

Jenis-jenis pendapatan bagi Kakitangan Kerajaan adalah seperti berikut:
  • Gaji Pokok
  • Imbuhan Tetap
  • Bayaran Insentif
  • Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab
  • Lain-lain elaun atau bayaran
Jenis Elaun Penjawat Awam
Elaun-elaun Perkhidmatan Awam yang diberikan adalah seperti berikut:
  • Bantuan Sara Hidup (COLA)
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Elaun keraian
  • Elaun Penjawat Awam Bantuan Sara Hidup (COLA)
Bantuan Sara Hidup atau selalu disebut sebagai (COLA) diberikan berdasarkan 3 tempat iaitu:
  • Kawasan A : RM300
  • Kawasan B : RM250
  • Kawasan C : RM150
Kawasan-kawasan ini adalah berdasarkan kos hidup di sesuatu tempat, kalau di tengah bandar metropolitan biasanya dikategorikan sebagai kawasan A, manakala B kawasan bandar biasa atau pinggiran bandar dan C kawasan luar bandar. Namun begitu pembahagian kawasan ini bukanlah tepat berdasarkan kos sara hidup sebenar, kerana jika berada di luar bandar sekalipun, kos hidupnya tetap juga tinggi malah mungkin lebih lagi.

Pihak Berkuasa Tempatan (Kawasan A): Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam, Subang Jaya dan Johor Bahru.

Pihak Berkuasa Tempatan (Kawasan B): Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang Kulai, Muar, Alor Setar, Kulim, Langkawi, Sungai Petani, Kota Bharu, Alor Gajah, Bandar Melaka, Jasin, Nilai, Port Dickson, Seremban, Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Teluk Intan, Taiping, Bentong, Kuantan, Temerloh, Kangar, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Elaun Penjawat Awam Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) atau digelar sebagai elaun perumahan. Elaun ini diberikan berdasarkan Gred Gaji mereka, berikut adalah jadualnya:

GRED GAJI - KADAR ITP
DG29, 32, 34, 38, 40 - RM300
DG41 DAN 42 - RM300
DG44 - RM400
DG48 DAN 52 - RM700
DG54 - RM900

Contoh di dalam jadual di atas adalah gred bagi guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Jika diikutkan kos sebenar membayar sewa rumah adalah lebih tinggi lagi dari jumlah elaun yang diberikan, namun ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan tanggungan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Mungkin kerajaan perlu mempertimbangkan semula kadar bayaran elaun perumahan ini agar selaras atau hampir sama dengan kos untuk menduduki sesebuah rumah.

Kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) pula adalah berdasarkan Gred, boleh rujuk jadual berikut:

ITKA 41 & KE BAWAH
ELAUN KERAIAN 44 & KEATAS

GRED GAJI - KADAR SEBULAN
DG29, DG32, DG34 - RM160
DG38, DG40 - RM220
DG41, DG42 - RM300
DG44 - RM400
DG48 - RM550
DG52 - RM600
DG54 - RM800

Berdasarkan jadual di atas, pada Gred 44 ke atas adalah Elaun Tetap Keraian, mereka yang mendapat elaun keraian tidak diberikan elaun tetap khidmat awam.

Apakah maksud elaun keraian?

Elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai-pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam.

Jika kita lihat elaun keraian Jusa C mencapai sehingga RM2500.

Selain itu juga, kerajaan telah meluluskan beberapa penambaikan kemudahan untuk kakitangan awam seperti :
  • Elaun khas bomba diperkenalkan sebanyak RM200 bulan
  • Sesiapa yang ada cuti yang terkumpul boleh tebus dengan duit tunai, maksimum yang boleh ditebus adalah sejumlah 75 hari. Dengan syarat, anda mesti telah pun berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas
  • Kenaikan gaji tahunan telah diawalkan
  • Memberikan insuran perlindungan sehingga RM100 ribu dengan syarat untuk tempoh 2 tahun, anda ada ambil pinjaman perumahan LPPSA selepas ini
  • Jikalau anda sebagai penjawat awam meninggal dunia ketika bertugas, waris terdekat anda akan diberikan pampasan sehingga RM150 ribu sebagai tanda ex gratia untuk tujuan kelangsungan hidup selepas itu.

Catat Ulasan for "Elaun Penjawat Awam 2023 (Berapa Kadar Imbuhan Kerja Kerajaan)"