Cara Login SSO KPM Untuk Guru (sps1.moe.gov.my/indexsso.php)
- Layari laman web rasmi MOE di sini: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
- Di bahagian menu sebelah atas, klik LOG MASUK
- Akan keluar satu popup di sebelah kanan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Tunggu sebentar
- Jika segalanya berjalan lancar, cikgu akan berjaya masuk ke dalam sistem SSO KPM
Definisi SSO
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan tanpa memerlukan log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.
Objektif 'Single Sign-On'
Objektif Single Sign-On adalah untuk:
● MEMUDAHKAN PENGGUNA UNTUK MENGAKSES SEMUA SISTEM KPM YANG TELAH DIBERI KEBENARAN AKSES KEPADANYA DENGAN HANYA MENGGUNAKAN SATU LOGIN ID DAN PASSWORD.
Kumpulan Pengguna 'Single Sign-On SSO'
Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar yang menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat mengakse sistem ini. KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan oleh SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.
Catat Ulasan for "Cara Login SSO KPM Untuk Guru (sps1.moe.gov.my/indexsso.php)"