Cara-cara Umrah DIY Tahun 2022

Umrah DIY 23 March 2022 – 31 March 2022 (Mendarat di KLIA 1 April)

Asssalamualaikum sahabat sekalian, saya ingin berkongsi proses, pengalaman umrah DIY mungkin dapat membantu sahabat sekalian sebagai panduan, semakan dan sebagainya seperti saya sendiri selalu melayari forum FB ini sebagai salah satu sumber maklumat dan ia sangat membantu, terima kasih kepada pihak yang membuat insisatif ini dan ahli2 nya tidak lokek berkongsi maklumat. Untuk pengetahuan, ini kali pertama saya membuat umrah/menjadi tetamu Allah sw.t. dan semua uruasan di urus sendiri.

Sebelom bermulanya niat nak pegi umrah saya menghadiri kursus umrah percuma Tabung Haji yang diadakan setiap hari sabtu (boleh layari laman FB TH utk jadual seterusnya). Kurus yg sy hadiri diadakan di masjid Putrajaya, speakernya imam besar masjid Putrajaya. (untuk menimba ilmu dan bertanya sebarang persoalan tentang umrah).

--------------------------------------------------------------------------


Harga RM612 seorang (Visa termasuk Insuran Covid-19, Print sekali insuran ya, ada dalam portal selepas visa diterima) kena print senang untuk pihak penerbangan semak.

Tiket penerbangan: Saya Menggunakan Saudi Airlines, (Kul-Med-Kul: RM3000) 

Booking Hotel di Agoda,

(Jumlah harga hotel 9hari 8 malam, Bilik berdua SAR950)

Kedudukan Hotel Di Masjid Nabawi, Madinah

Masuk ke Saudi dah tak perlu PCR test (peraturan semasa)

Sebelum keberangkatan pergi, perlu mendaftr ‘Arrival Registration’ di portal Muqeem, ianya wajib di isi dalam masa 3 hari sebelum keberangkatan ke Saudi (selepas selesai isi, print ya) pautan boleh di dapati di link ini, https://arrival.muqeem.sa/#/vaccine-registration/home.

Proses ini untuk mendaftar vaksin yang telah kita ambil di Malaysia (3 dos vaksin), supaya proses mendaftar Applikasi tawalkalna (mysejahtera versi arab) & Applikasi Eatmarna(Tempahan Slot umrah & Raudhah) lancar.

Sampai Airport Madinah, keluar je arrival hall, terus pergi ke booth Telco STC untuk medaftar simcard Saudi, Saya ambil Sawa 30 (SAR44 harga sekali dengan VAT), Plan 1gb social + 1gb Internet biasa, call 100 minutes local call. Saya rasa Telco ini yg menawarkan plan yang murah selepas membuat carian internet.

Saya menggunakan nombor Saudi supaya senang nak daftar applikasi di atas dan masa membuat PCR test (utk balik ke MY) nanti, dan Murah.

Ambil Uber dari Airport terus ke Hotel, Dalam perjalanan bolehlah register tawalkalna dan eatmarna, sekejap je dah siap dan terus book slot siap2.

Ziarah Madinah 3 hari

Masjid Quba, boleh berjalan kaki dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba melalui Quba Walkaway, Tempat perjalan kaki ini dibina khas untuk jemaah. (Jalan kaki dengan masih berwudhu & solat sunat di masjid Quba, pahala sama macam buat umrah)


Jabal Uhud

Masjid Qiblatayin

Masjid Tujuh (Al Khandaq)

Ziarah tmpt ini saya guna uber, tak jumpa bas yg ada zyra pass. (Mungkin dah tak ada)

--------------------------------------------------------------------------

Hari Ketiga, Perjalanan ke Mekkah bermula, Saya menggunakan Bas Saptco VIP Express, sangat selesa dan cepat, perjalanan hanya mengambil masa dlm 4 ke 5 jam. Bas akan berhenti sekejap (Dalam 15 minit) di miqat Zul Hulaifah, Bir Ali untuk Jemaah solat sunat dan berniat Ihram (bermulanya Ihram, kena jaga pantang larang bila dalam ihram).


Tiket Bas VIP Express Saptco = SAR176 (return tickets/pegi dan balik) seorang ; tempah online lebih murah. Stesen bas di sebelah Saja Hotel, Madinah, tak berapa jauh dari masjid Nabawi (boleh google map)

Mula ingat nak nak Haramain speed train, tapi sy ingat sy bawak beg besar dan agak bnyk, lagipun saya ada bawak pisau dan gunting dalam bag, takut jadi isu semasa masuk train sebab perlu scan bag semua, jadi sy buat keputusan naik bas sahaja. Alhamdullilah perjalanan bas selesa, luas dan agak cepat jugak, ada tv, snak dan minuman panas diberi semasa perjalanan.


Sampai Makkah, Bas akan berhenti dan turunkan penumpang di stesen Bas Saptco VIP Express, Jerwal (boleh google map), berdekatan dengan Masjidil Haram.


Check in Hotel (simpan bag) dan seterusnya pegi ke Masjidil Haram & buat tawaf umrah, saie dah tahalul. (Selesainya larangan apabila dalam Ihram).

Gambar 1: Kedudukan Hotel di Masjidil Haram, Mekah

Gambar 2: Kedudukan Hotel di Masjidil Haram, Mekah

Saya luangkan masa 4 hari di Makkah dengan perbanyakkan tawaf sunat, dan solat Jemaah 5 waktu di masjidil haram.

Ground Floor (Mataaf) Khas untuk yang Buat tawaf Umrah (Berkain Ihram Bagi lelaki). Guard akan randomly semak slot yg kita tempah; pengalaman saya pulak dia tak tengok sangat (Sekilas pandang sahaja) sebab saya berkain ihram agaknya.

First Floor (Tingkat 1), boleh masuk tanpa tempah slot, boleh buat tawaf sunat, tawaf wida dan solat jemaah 5 waktu.

Hari ke empat (hari terakhir di Makkah), selepas subuh di masjidil haram, sy buat tawaf Wida(tawaf selamat tinggal). Selesai je tawaf, terus balik hotel ambil bag dan terus pegi ke stesen bas Saptco VIP Express, Jerwal untuk balik semula ke Madinah. Sampai Di Madinah Check-in Hotel dan terus pergi ke Hospital untuk membuat PCR Test (Result dalam tempoh 24jam).

Harga PCR test SAR102.35 seorang

Saya luangkan masa 1 hari (tidur semalam) di Madinah sebelum bernagkat balik ke Malaysia untuk membeli barang-barang dan buah tangan.

Dekat aiport Madinah beli Air zam zam di Booth Air Zam Zam, (Di Luar bangunan airport Madinah, keluar pintu utama, sebelah kiri hujung sekali, ada mcm kedai2 kecil) SAR8.50 sebotol besar. (Dibenarkan sorang sebotol untuk bawa balik), check in utk botol air zam zam ti tmpt khas untuk air zam zam sahaja, pastikan bawa pen untuk tulis nama di kotak air zam zam.

Nota Tepi: Kos Uber saya tulis kat bawah, di Madinah sy bnyk guna uber sebab hotel agak jauh sedikit dari Masjid Nabawi, boleh je jalan kaki tpi nak simpan tenaga untuk buat tawaf di masjidilharam, hotel yg dekat bnyk yg penuh.

Kos Makan, saya biasa beli seekor ayam bakar dan saya masak nasi sendiri, sambal siap bawak dr mlysia (ada bawak mini rice cooker), ada beli makan kat luar jugak, seperti nasik mandhi, shawarma, dan pelbagai lagi, portion mereka besar jadi boleh makan berkali2. (*sy tak kuat makan).

Pakaian saya cuci sendiri, (sy selalu cuci pakain sebab senang berpeluh), klu boleh sy nak sentiasa bersih dan kemas bila masuk masjid. sy bawak portable dryer ( jenama air-o-dryer, boleh google) klu guna dryer nie, sekejap je pakaian kering selepas cuci.

Ringkasan Kos

Visa =rm612 seorang

TIket =RM3000 seorang

Hotel =RM1067 (bilik berdua)

Travel Insuran (Ada Cover Covid) = RM75 Berjaya Sompo Seorang

Transport

Saptco VIP Express =RM198 Seorang

Uber/qareem = RM 300

Makanan = RM300

PCR Test = rm115 Seorang

Simcard = RM50

TOTAL = RM5717

(Boleh tambah seorang lagi sebab hotel utk 2 adult, dengan tambahan kos seperti, Tiket penerbangan, Visa, Travel insuran, Bas Saptco VIP Express, PCR test dan Sim Card).

Sumber FB

Catat Ulasan for "Cara-cara Umrah DIY Tahun 2022"