Cara Transfer Dan Simpan Duit Tabung Haji Tanpa Caj Menggunakan Maybank2u


Di sini saya berikan cara mudah dan percuma bagi memindahkan duit dari akaun Maybank ke akaun Tabung Haji secara online. Hampir setiap bulan ramai yang akan menabung di Tabung Haji-Deposit. Biasanya semua urusan ini kita gunakan perbankan internet yang dikenakan caj RM1. Walau pun sikit tapi duit juga kan.

Sebenarnya ada cara untuk kita pindahan wang ke Tabung Haji dari bank yang kita gunakan tanpa caj ini. Caranya dengan menggunakan JomPAY.

Caj RM1 tetap duit

Kalau sebelum ini nak transfer duit ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, ada caj RM1 bagi setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu.

Apa la sangat seringgit tu. Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak kereta dan masa ke ATM, bayar parking 60 sen, habiskan masa scan MySejahtera dan juga tenaga untuk lakukan semua ini.

Kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul free, tanpa caj kepada kita.

1. Log masuk ke perbankan internet pilihan. (Contoh di bawah menggunakan Maybank2u)
2. Pilih JomPAY.


3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)


4. Ikut arahan hingga selesai.


Cara JomPAY ni duit tak terus masuk. Ambil masa 1 hingga 3 hari bekerja dan hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan atau sebaliknya dana akan dikembalikan.

Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.

Selain daripada menggunakan Jompay, boleh juga membuat pindahan tanpa caj melalui app ThiJARI. Tapi kenalah download dan juga daftar dulu.

Sumber: Tabung Haji

Catat Ulasan for "Cara Transfer Dan Simpan Duit Tabung Haji Tanpa Caj Menggunakan Maybank2u"