Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Secara Percuma


Transfer duit ke TH guna internet banking caj nye RM1. Saya guna M2U. Rasa sama jugak kalau guna bank lain kan.

Setiap bulan transfer ke enam akaun dah 6 ringgit, setahun rm 72! Nak jimat, kumpul dulu sampai maximum transfered amount baru transfer, tak buat setiap bulan. Leceh sikitlah sebab nak kena pantau pulak duit yang tumpang kat akaun tu, takut terguna.

Semalam scroll fb jumpa kaedah ‘transfer’ secara percuma! Dah cuba tadi, الحمد لله berjaya.

Ni saya share caranya:

Simpan Duit ke Tabung Haji Tanpa Caj

1. Log masuk ke perbankan internet pilihan

2. Pilih JomPAY

3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit

*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – saya biarkan je
*Amaun (RM)

4. Ikut arahan hingga selesai

6 akaun, 6x ulang, nombor akaun saya dah simpan dalam fon, nak guna cnp je.

Kredit kepada pemberi ilmu yg asal. Semoga bermanafaat.

1 ulasan for "Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Secara Percuma"