Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sistem Single Sign On (SSO) Untuk Guru Dan Kakitangan KPM


Sso adalah singkatan kepada “Single sign-on” yang merupakan satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan dengan KPM tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seseorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses di dalam sistem KPM tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem KPM tersebut.

Kelebihan Menggunakan Sistem Single Sign On (Sso)
-Tidak perlu mengingat banyak username dan password.
-Tidak perlu pening mencari laman web, taip di google tapi tidak keluar web portal sebenar.
-Menjimatkan masa anda.

Objektif Sso KPM
Sistem SSO ini bukanlah dibangunkan tanpa sebab, sebaliknya ia mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektifnya ialah untuk membolehkan kakitangan KPM dapat mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password sahaja.

Cara Untuk Log Masuk Ke Dalam Sistem
Untuk log masuk dan menggunakan laman SSO KPM bukanlah satu perkara yang sukar. Ini adalah kerana, anda hanya perlu klik pautan di bahagian menu sebelah kiri dan tunggu sehingga anda berjaya masuk ke dalam sistem yang dikehendaki. Seterusnya anda boleh menggunakan sistem tersebut seperti biasa atau anda boleh klik di sini - http://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

Senarai Sistem Yang Terdapat Dalam Sso KPM
Di dalam sistem Sso KPM ini ada 3 kategori sistem pengurusan KPM yang di sediakan. Antaranya ialah:

1-Pengurusan Sekolah 
Di dalam sistem ini, pihak sekolah boleh menggunakanya untuk tujuan pengurusan sekolah. Antara sistem yang terdapat di dalamnya ialah; 
-eMIS, eBantuan

2-Pengurusan Guru 
Selain itu, guru juga turut boleh menggunakan sistem ini. Ini kerana, ada beberapa sistem yang disediakan untuk guru di dalam ini. Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam SSO KPM.
-eOperasi eGraduan ePrestasi ePangkat eGTukar SMPP

 
3-Pengurusan Murid
Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam menguruskan murid melalui SSO KPM.
-SSDM S3P Asrama Sekolah Kawalan Matrikulasi eSARANA ePKHAS eRPI PAJSK SMPK Daftar UPSR SPTV untuk daftar Kolej Vokasional dan Teknik

Catat Ulasan for "Sistem Single Sign On (SSO) Untuk Guru Dan Kakitangan KPM"