Tutorial Google Forms Dan AutoCrat - Part 2

SAMBUNGAN Tutorial Google Forms Dan AutoCrat

10. Seterusnya, kita akan membuat fail sijil terlebih dahulu dengan menggunakan format Google Slides

11. Klik pada menu New, dan menu Google Slides

12. Pada paparan google slides ini, pilih jenis theme yang disukai dengan menggerakkan slider ini

13. Theme jenis Shift telah dipilih dengan klik pada theme tersebut

14. Ubah reka bentuk sijil mengikut kesukaan anda

15. Untuk menambah tulisan, klik pada menu Insert, seterusnya klik pada Text box

16. Maklumat penting yang perlu dimasukkan ialah:
<<Nama penuh>> : nama murid
<<Email Address>> : alamat emel murid
<<score>> : markah
<<timestamp>> : tarikh dan masa

17. Seterusnya nama fail ini akan diubah. Klik pada ruang tersebut, tukar nama fail sebagai SIJIL PENCAPAIAN dan tekan Enter pada keyboard anda

18. Klik pada tab Latihan dan sijil

19. Paparan ini akan kelihatan. Fail SIJIL PENCAPAIAN telah ada.

20. Seterusnya kita akan buat Kuiz/latihan/soalan menggunakan Google Forms

Tutorial bersambung dengan klik di sini >> sambungan Tutorial Google Forms dan AutoCrat - Part 3

Catat Ulasan for "Tutorial Google Forms Dan AutoCrat - Part 2"