Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat Terus Ke Akaun Bank Maybank


Di sini saya kongsikan cara termudah dan cepat untuk keluarkan pendapatan income Adsense dengan menerusi pemindahan wang terus ke dalam akaun bank Maybank

Langkah 1
Login ke akaun Google Adsense anda melalui laman web http://www.adsense.com dan tekan pada 3 garisan untuk memaparkan menu

Langkah 2
Klik pada menu Payments

Langkah 3
Klik pada menu Manage Payment Methods

Langkah 4
Klik pada menu Add Payment Method

Langkah 5
Klik pada menu Add New Wire Transfer Details

Langkah 6
Masukkan maklumat peribadi dan bank
Contoh jika maklumat anda seperti berikut: ALI BIN ABU, No akaun Maybank 137128028787

Beneficary id (optional): biarkan kosong
Nama penuh anda (Name on bank account): ALI BIN ABU
Nama bank (Bank name): MAYBANK
No kod swift (SWIFT-BIC): MBBEMYKL
Nombor akaun (Account number): 137128028787
Tulis semula nombor akaun (Re-type account number): 137128028787

Langkah 7
Tik kan Set this payment method as Primary dan tekan butang SAVE

Peringatan
Bukan semua bank terima pembayaran direct Google Adsense ini ke dalam akaun bank anda. Anda perlu mendapat maklum balas dari pihak bank terlebih dahulu untuk pengesahan. Setakat yang saya tahu, bank yang boleh terima pemindahan duit Adsense dalam USD dari luar negara adalah bank-bank berikut:
Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Public Bank

Setiap bank mempunyai kadar tukaran wang USD yang berbeza, maka jika anda mempunyai lebih daripada satu bank untuk transfer income Adsense, bolehlah eksperimentasi atau lihat kadar tukaran wang yang mereka berikan. Anda boleh ubah setting nama bank sebelum akhir setiap bulan atau sebelum anda capai had pengeluaran income yang telah ditetapkan dalam akaun Google Adsense anda.

Jika Adsense dah approve, anda akan nampak paparan seperti di bawah ini di dashboard Adsense anda di mana ada dinyatakan cara pembayaran dibuat.
Pembayaran menerusi pindahan ke akaun bank ini mengambil masa paling cepat 3 hari (jika gunakan akaun simpanan Maybank). Anda akan terima satu emel daripada Adsense jika pembayaran telah dibuat. Jika tarikh proses income dalam emel dinyatakan adalah pada 21 hb Jun 2021, maka anda akan nampak income Adsense anda dalam akaun bank paling awal ialah pada 23 hb Jun 2021. Paling lewat, bayaran akan masuk dalam masa 5 hari.
Bayaran yang diterima melalui wire transfer Maybank pada 23 Jun 2021


Catat Ulasan for "Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat Terus Ke Akaun Bank Maybank"