10 Kelebihan Kerja Kerajaan
Kerja kerajaan adalah antara pekerjaan yang dipandang tinggi. Bukan hanya kerana gajinya yang tinggi, tetapi juga kerana kelebihan-kelebihan kerja kerajaan itu sendiri.
Jika anda sedang berusaha untuk menjadi penjawat awam, anda perlu tahu 10 kelebihan yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya bergelar penjawat awam.
1️⃣ 𝗚𝗮𝗷𝗶
Jika dahulu tarikan utama sektor swasta adalah dari segi gaji permulaan yang tinggi, kini dengan perkembangan ekonomi negara, gaji permulaan penjawat awam juga telah meningkat setara dengan sektor swasta. Situasi ini menyebabkan ramai yang mula memilih kerja kerjaan kerana gaji dan juga kelebihan-kelebihan lain apabila bekerja sebagai kaitangan kerajaan.
Selain daripada itu, semua penjawat awam mempunyai kadar kenaikan gaji tahunan yang akan diperolehi setiap tahun.
2️⃣ 𝗘𝗹𝗮𝘂𝗻
Terdapat pelbagai elaun diberikan kepada penjawat awam untuk memudahkan dan juga memberikan kelebihan sebagai kakitangan kerajaan. Antara elaun yang diberikan kepada kakitangan kerajaan adalah Elaun Rumah dan Elaun Sara Hidup (COLA – Cost of Living Allowance). Terdapat juga elaun khas seperti Elaun Kritikal untuk jawatan-jawatan tertentu.
3️⃣ 𝗖𝘂𝘁𝗶
Satu lagi kelebihan kerja kerajaan adalah cuti yang agak banyak jika dibandingkan dengan sector swasta. Bagi pekerja am, cuti diberikan sebanyak 20 hari manakala untuk golongan professional, cuti sebanyak 25 hari diberikan. Ini tidak termasuk cuti sakit dan juga cuti bersalin yang boleh digunakan sehingga 3 bulan.
4️⃣ 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻
Semasa anda mula mendapat pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan, anda akan diberikan pilihan untuk mencarum skim Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Pencen. Rata-rata ramai yang kerja kerajaan akan memilih untuk mendaftars dengan Skim Pencen kerana faedah skim pencen itu sendiri. Dengan skim Pencen, pesara akan tetap mendapat sebahagian gaji bulanan walaupun telah bersara. Inilah yang dikatakan duit pencen.
5️⃣ 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁
Ramai yang menganggap bahawa apabila diterima untuk bekerja sebagai pejawat awam, status mereka sebagai pekerja adalah selamat. Dengan erti kata lain, mereka tidak mudah untuk dibuang kerja. Fakta ini dahulunya ada benarnya, kini kerajaan telah mewujudkan ‘exit polisi’ untuk kes-kes tertentu yang juga boleh menyebabkan penjawat awam dibuang kerja.
6️⃣ 𝗣𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻
Satu lagi kelebihan kerja kerajaan adalah setiap penjawat awam boleh membuat pinjaman daripada kerajaan untuk pembelian rumah, tanah mahupun perkara-perkara lain. Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji penjawat awam tersebut. Ramai yang memilih menggunakan pinjaman kerajaan kerana kadar bayaran bunga yang lebih rendah berbanding pinjaman bank konvensional.
7️⃣ 𝗡𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁
Kenaikan pangkat dalam institusi kerajaan lebih mudah berbanding dengan swasta. Kenaikan pangkat dalam institusi kerajaan kebanyakannya bergantung kepada seniority dan pengalaman.
8️⃣ 𝗕𝗼𝗻𝘂𝘀
Setiap tahun kerajaan pasti akan memberikan imbuhan tambahan kepada penjawat awam. Ini adalah sebagai tanda penghargaan ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
9️⃣ 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻
Dari aspek kesihatan, kakitangan kerajaan tidak perlu bimbang dari segi kos perubatan sekiranya mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan. Malah Hospital Kerajaan sentiasa sesak dan harus menunggu jika perlu rawatan pakar. Sebagai Penjawat Awam anda juga boleh memilih kad perubatan yang khas untuk penjawat awam bagi mendapatkan rawatan yang lebih komprehensif and segera di hospital swasta. Kad Perubatan Medikad Penjawat Awam merupakan suatu skim perubatan yang mempunyai caruman yang rendah, had penggunaan yang tinggi!
🔟 𝗠𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁
Kelebihan kerja kerajaan yang terakhir adalah dari segi manfaat kepada keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri dan anak-anak. Sekiranya keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri atau anak-anak menghadapi masalah kesihatan, penjawat awam tersebut hanya perlu menggunakan surat GL (Guarantee Letter) sebagai tukaran untuk pembayaran segala kos rawatan termasuk pembedahan di Hospital Kerajaan.
Itulah 10 kelebihan kerja kerajaan yang menyebabkan ramai orang berpusu-pusu untuk bekerja di sektor awam. Walau bagaimanapun, apa yang penting adalah setiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab dan berintergriti.
Catat Ulasan for "10 Kelebihan Kerja Kerajaan"