Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Log Masuk Sistem SPdPR KPM SPPerak.moe.gov.my

Berikut merupakan cara log masuk atau login spperak.moe.gov.my login


Untuk menggunakan sistem SPdPR KPM, Penolong Kanan Pentadbiran perlu daftar masuk SPdPR KPM dan mendaftar semua kelas di sekolah sebelum guru boleh membuat pengisian laporan PdPR. Cara untuk mendaftarkan kelas SPdPR adalah berikut:

  1. Untuk mendaftar kelas, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan klik menu daftar kelas dan selepas itu anda perlu isi segala maklumat yang diperlukan
  2. Kemudian, anda perlu mengisi nama Kelas. Ia perlulah bermula dengan angka (contoh 1 Bestari)
  3. Selepas selesai mengisi perkara di atas, anda perlu mengisi pula bilangan murid berdasarkan rekod yang terdapat di dalam APDM
  4. Bagi kelas gabung,nama kelas perlu ditulis seperti 1 Bestari Bijak Cerdik
  5. Selepas itu, anda perlu mengisi bilangan murid pula berdasarkan 3 kelas tadi.
  6. Pendaftaran kelas hanya perlu dilakukan sekali sahaja oleh PK Pentadbiran atau guru yang melaksanakan kelas gabungan.
Setakat hari ini 25 Mei 2021 jam 11.45 pagi. Sistem ini mengalami gangguan semasa diakses.


Setiap negeri mempunyai laman sesawang SPdPR yang berbeza. Antara laman SPdPR mengikut negeri ialah:

Johor : https://spjohor.moe.gov.my/
Negeri Sembilan : https://spn9.moe.gov.my
Pulau Pinang : https://sppenang.moe.gov.my

Cara Mengisi Laporan Harian SPdPR KPM

Sistem ini di wujudkan untuk memudahkan tugas para guru bagi mengisi laporan harian PdPR. Cara untuk mengisi laporan harian adalah seperti berikut:

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan Klik butang Pelaporan PdPR harian
Kemudian, anda perlu masukan semua data dan maklumat yang di minta. Selepas selesai isi segala data yang di minta. Anda perlu klik butang SIMPAN
Akhir sekali anda perlu klik butang OK

1 ulasan for "Cara Log Masuk Sistem SPdPR KPM SPPerak.moe.gov.my"

  1. Server spdpr telah dinaik taraf dan menjadikan sistem lebih cepat diakses. Tahniah !!! diucapkan

    BalasPadam