Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Guru Ahli NUTP Mendapat Data Internet Percuma 40GB Yes4G

Majlis menandatangani kerjasama antara NUTP dan YTL Foundation dan YTL Communications yang membolehkan guru ahli  NUTP mendapat data internet percuma 40GB dan plan RM15.00 sebulan untuk data internet 4G 30GB.

YTL diwakili YBhg Dato' Yeoh Seok Hong, Pengarah Urusan YTL Group manakala Aminuddin Awang mewakili NUTP. 

Guru guru yang telah ada sim kad ini juga boleh mendaftarkan seberapa ramai murid daripada keluarga B40 yang membolehkan mereka mendapat telefon pintar dan internet percuma untuk tujuan BELAJAR DARI RUMAH. Peruntukan disediakan kepada 2.7 juta murid, siapa cepat, dia dapat. 

http://ytlfoundation.org/nutp

tekan link ni utk daftar dan seterusnya dapat sim kad utk internet percuma, khusus utk ahli NUTP sahaja.

Catat Ulasan for "Guru Ahli NUTP Mendapat Data Internet Percuma 40GB Yes4G"