Khasiat Buah Tembikai

Khasiat buah tembikai

1. Kandungan Air Yang Tinggi
Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik Untuk Jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-Radang
Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman
Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik Untuk Kulit Dan Rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.

Semoga tips dan info yang dikongsikan ini bermanfaat, mak-mak bolehlah amalkan makan buah tembikai selalu dan ikut panduan ini sewaktu nak beli buah tembikai nanti.

Sumber: Hello doktor

Catat Ulasan for "Khasiat Buah Tembikai"