Apakah Maksud Private Placement

Private Placement Dalam Pasaran Saham

APAKAH ITU PRIVATE PLACEMENT (PP)

Jika kita seorang yang mengkaji sesuatu kaunter saham secara mendalam, akan dapati terdapat pengumuman berkenaan *New Issue of Securities (Chapter 6 Of Listing Requirement): Fund Raising. *Perkara ini berkait rapat dengan penambahan modal syarikat. Kebiasaannya apabila ia berkaitan dengan penambahan modal, perkataan Private Placement sering muncul. Namun apakah sebenarnya Private Placement dan kenapa ia menjadi pilihan serta alternatif kepada sesetengah syarikat untuk meningkatkan modal dan bukan melalui pinjaman bank?


Private Placement adalah suatu bentuk tawaran dan terbitan saham dari syarikat kepada pelabur bagi meningkatkan modal syarikat dan menjadi sebahagian dari syarikat. Penjualan saham syarikat kepada pelabur runcit dan institusi terpilih yang merangkumi pelabur individu, syarikat insurans, *mutual fund* dan peserta-peserta yang berkelayakan. Syarat bagi seorang yang individu adalah mempunyai asset bersih peribadi melebihi RM 3,000,000.00 manakala bagi syarikat adalah RM 10,000,000.00. Selain itu, ia akan diisukan kepada pihak selain dari pengarah, pemegang saham utama ketua eksekutif atau mereka yang berkait rapat dengan pihak-pihak terbabit. Bagi pemegang *account nominee*, mereka juga tidak dibenarkan melainkan nama pihak tersebut dinyatakan. **(Jenis CDS Akaun dan Trading Akaun)**.

Tujuan Private Placement

Sebarang perkara mesti ada tujuan, tujuan bagi Private Placement ini bergantung kepada syarikat itu sendiri. Terdapat syarikat yang Corporate Exercise ini disebabkan ingin mengembangkan perniagaan, membeli asset yang baru, dan terdapat juga untuk pembayaran hutang. Kebiasaannya pelabur jarang sekali ingin melanggan Private Placement yang bertujuaan dengan pembayaran hutang kerana mereka beranggapan pengurusan syarikat tidak cekap dalam mengawal perbelanjaan dan hutang. Namun kesan kepada kesemua faktor adalah positif. Cuma dari sudut pandang pelabur adalah berbeza.

Kelebihan Private Placement

1. Peningkatan modal

· Syarikat mempunyai sumber kewangan untuk meningkatkan asset seperti membeli asset baharu yang lebih cekap, membina kilang yang lebih luas, mengembangkan perniagaan ditempat lain dan sebagainya serta dapat menyelesaikan hutang mereka.

2. Tidak mempunyai liabiliti

· Apabila ia membabitkan isu baru saham, maka ia melibatkan ekuiti. Berbanding pinjaman bank, syarikat terpaksa membayar hutang bersama kadar faedah. Jika faedah yang dikenakan tinggi, ia akan membuatkan syarikat kena mengeluarkan duit dengan lebih banyak.

3. Cepat dan mudah

· Jika sesebuah syarikat itu mempunyai struktur perniagaan yang kukuh dan mempunyai tujuan yang sangat bagus untuk membuat Private Placement, adalah mudah untuk pemprosesan dokumentasi bagi Private Placement serta mendapatkan pelabur dan seterusnya cepat meraih modal.

Kekurangan Private Placement

1. Pemilikan dalam syarikat akan mengecil

· Jika syarikat mempunyai 76,149,941-unit dan anda mempunyai pegangan sebanyak 28,765,000-unit (37.77%) sebelum Private Placement dilakukan sebanyak 10% dari share issued. Setelah Private Placement berlaku, pegangan anda terhadap syarikat akan menjadi 34.34% pada unit saham yang sama.

2. Sukar mencari pelabur

· Syarat pelabur yang berkelayakan sedikit tinggi jadi hanya golongan tertentu sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Dari mereka yang layak pula, mungkin hanya sesetengah sahaja yang berpuas hati dengan tujuan syarikat. Tambahan jika sesebuah syarikat itu tidak mempunyai rekod yang cukup baik.

Langkah – Langkah Dalam Penyenaraian Private Placement

Jika berlaku sebarang pindaan, maka syarikat boleh menghantarkan kepada Bursa Malaysia sebelum Bursa Malaysia memberi persetujuan untuk mengisukan Private Placement tersebut. Bagi penyenaraian Private Placement, ia boleh di buat beberapa bahagian (*tranches*) bergantung kepada kecepatan mereka mempunyai pelabur yang ingin melanggan Private Placement itu. Harga yang diberikan diskaun tidak lebih dari 10% dari *5-days weighted average market price*. Pembayaran mestilah dibuat dalam tempoh 5 hari dari tempoh penetapan harga bagi setiap bahagian. Syarikat boleh meminta pemanjangan tempoh dari Bursa Malaysia jika tidak mempunyai pelabur yang bersesuaian.

Kebiasaannya, jika sesuatu syarikat tersebut baru sahaja selesai 'private placement'. Harga saham syarikat tersebut akan meningkat naik dengan drastik. Pilihan di tangan anda, kajian dan risiko adalah di tangan anda. 

Daftar sekarang !!! Akaun CDS bersama RakutenTrade. Saya dah cuba daftar bersama RakutenTrade. Hanya dalam masa 2 jam, permohonan telah diterima. Pastikan anda mempunyai gambar kad pengenalan depan dan belakang semasa permohonan. Sila klik di sini untuk mendaftar -> Daftar Sekarang !!!

Catat Ulasan for "Apakah Maksud Private Placement"