Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PLC3 - Tutorial Google Forms Dan CertifyEm

TUTORIAL CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM, KUIZ GOOGLE FORM DAN JANAAN SIJIL MENGGUNAKAN CERTIFY’EM
Tutorial Google Forms Dan Certify'em
Muat turun fail .PDF tutorial ini (versi bergambar) di bawah sekali
1. Buka ‘internet browser’ Gooogle chrome atau Mozilla Firefox’ dan masukkan alamat laman web portal.moe.edu.my
        Seterusnya… Klik pada Log Masuk

2. Masukkan id login dan klik Next

3. Masukkan password dan klik Sign in

4. Jika anda Guru, klik pada menu Guru

5. Pada Menu Guru, klik menu Aplikasi

6. Di dalam menu Aktiviti ini, klik pada menu Google dan seterusnya klik pada menu Drive

7. Klik pada menu New dan klik pada Folder (ini bertujuan untuk membuat Folder baru)

8. Taip nama folder baru tersebut sebagai Latihan dan sijil, seterusnya klik Create

9. Klik pada folder baru tersebut (Latihan dan sijil)

10. Seterusnya, kita akan membuat fail sijil terlebih dahulu dengan menggunakan format Google Slides

11. Klik pada menu New, dan menu Google Slides

12. Pada paparan google slides ini, pilih jenis theme yang disukai dengan menggerakkan slider ini

13. Theme jenis Shift telah dipilih dengan klik pada theme tersebut

14. Ubah reka bentuk sijil mengikut kesukaan anda

15. Untuk menambah tulisan, klik pada menu Insert, seterusnya klik pada Text box

16. Maklumat penting yang perlu dimasukkan ialah:
{{full name}} : nama murid
{{title}} : tajuk
{{date2}} : tarikh mengikut format dd/mm/yyyy
{{percent}} : markah yang diperolehi
{{passing percent}} : markah lulus
{{certificate id}} : no janaan sijil (dijana secara automatic)

17. Seterusnya nama fail ini akan diubah. Klik pada ruang tersebut, tukar nama fail sebagai Certifyem Tahun 5 – Latihan 2 dan tekan Enter pada keyboard anda

18. Klik pada tab Latihan dan sijil

19. Paparan ini akan kelihatan. Fail Certifyem Tahun 5 – Latihan 2 telah ada.

20. Seterusnya kita akan buat Kuiz/latihan/soalan menggunakan Google Forms

21. Klik New > More > Google Forms > Blank form

22. Paparan seperti di atas akan kelihatan

23. Masukkan maklumat seperti di atas

24. Klik menu Setting

25. Tick seperti dalam gambar
Seterusnya klik pada menu Presentation

26. Tick seperti dalam gambar, masukkan ayat yang anda mahukan pada akhir selesai menjawab soalan
Seterusnya klik pada menu Quizzes

27. Tick pada Make this a quiz, Immediately after each submission
Seterusnya turunkan slider ke bawah

28. Tick semua pada Respondent can see
Seterusnya klik menu Save

29. Klik pada menu Add question

30. Masukkan soalan anda
Seterusnya klik menu Answer key

31. Tick seperti di atas, tick pada jawapan betul, point untuk setiap jawapan betul > 1
Seterusnya klik Done

32. Tick pada required supaya soalan ini wajib dijawab, jika tidak di jawab, borang ini tidak boleh di hantar
Seterusnya klik menu Add question untuk menambah lagi soalan

33. Masukkan maklumat soalan
Klik pada Answer key

34. Tick seperti di atas
Seterusnya klik Done

35. Tick pada required supaya soalan ini wajib dijawab, jika tidak di jawab, borang ini tidak boleh di hantar
Seterusnya klik menu Add question untuk menambah lagi soalan
Jika ingin menambah soalan, boleh klik pada menu Add question. Jika ingin menamatkan soalan, anda boleh klik pada menu 3 titik bertindih

36. Klik pada Add-ons

37. Klik pada Search dan taip Certify’em
Seterusnya, klik pada Certify’em

38. Klick pada install

39. Klik pada CONTINUE

40. Paparan seperti di atas akan dipaparkan
Klik pada menu ALAMAT LOGIN kita

41. Klik pada menu Allow

42. Klik pada menu DONE
Selepas Berjaya install Autocrat, klik pada pangkah

43. Selepas Berjaya install Certify’em, klik pada pangkah

44. Klik pada menu Add-ons dan klik pada Certify’em

45. Klik pada Show Certify’em Controls


46. Klik menu Accept the Terms of Service

47. Klik 1x pada Template dan pilih Use a Custom Template (bawah sekali)

48. Klik pada Select a New File

49. Pilih file seperti di atas (telah dibuat awal tadi)
Seterusnya Select

50. Klik Save Changes

51. Klik menu Advanced
Masukkan maklumat seperti di atas
Seterusnya, klik Save Changes

52. Pada menu Status, klik pada Turn ON
Setelah Turn ON, akan kelihatan ditulis Certification is ON

53. Klik pada menu Send

54. Pilih pada Send via > Link > Pilih Copy
Sekarang, url yang baru di COPY, anda boleh kongsi dalam Whatsapp, Emel, Telegram atau website anda…

Link Latihan Ini  - https://forms.gle/6NP6ipg4FtkSABSU8

55. Emel telah diterima setelah menjawab soalan yang diberi tadi

56. Kandungan emel yang telah diterima

Selamat mencuba...

Muat turun file PDF tutorial ini - file TUTORIAL CERTIFY'EM BERGAMBAR .PDF

PENTING !!! Sila klik pada url ini untuk mendapatkan sijil PLC ini - https://bit.ly/plc3v1

10 ulasan for "PLC3 - Tutorial Google Forms Dan CertifyEm"

  1. Salam dan tqvm atas perkongsian!
    Saya telah ikut tutorial n cuba quiz dgn email sendiri. Tetapi sijil yg digenerate tda nama saya. Hanya perkataan 'are' saja utk bhg nama. Yg lain ok.

    BalasPadam
  2. cikgu, saya berjaya buat sijil tapi masalah saya:
    1. Nama tidak dicetak pada sijil
    Skor tidak dicetak pada sijil

    sijil saya tak link dengan maklumat pada google form.
    apa patut saya buat?

    BalasPadam
  3. Cikgu, saya tertarik dengan post cg lalu saya pun cuba buat. Malangnya sijil yang saya terima dalam emel tidak memaparkan butiran yang telah ditetapkan, ingin cg kongsikan ilmu mengapa berlakunya keadaan seperti ini? Terima kasih didahulukan.

    BalasPadam
  4. Adakah perlunya senarai nama utuk link nama secara asing dengan google slide yang telah dibina tetapi bukannya maklumat google form akan disambungkan ke sijil terus?

    BalasPadam
  5. Boleh saya ubahsuainya jadi sijil penyertaan?

    BalasPadam
  6. Salam cikgu
    Sy dh buat ikut tutorial cikgu tp kenapa anak murid sy xdpt sijil kuiz yg sy buat?biasanya berapa jangka masa dihntr melalui emel?

    BalasPadam
  7. Salam cikgu
    Kenapa anak murid sy xdpt sijil kuiz gf yg sy buat?

    BalasPadam
  8. Terima kasih cikgu. saya cuba buat dan ianya menjadi. terima kasih sekali lg cikgu. mohon halalkan ilmu ye

    BalasPadam
  9. cikgu boleh tak share laporan plc 2 dan 3 untuk dimasukkan dlm splkpm

    BalasPadam
  10. Cikgu, Sini PLC3 kan? tetapi saya klik link tu masih yang PLC 2, yang autocrat tu...

    PENTING !!! Sila klik pada url ini untuk mendapatkan sijil PLC ini - https://bit.ly/plc3v1


    bukannya untuk Tutorial Google Forms Dan CertifyEm. sekian terima kasih.

    BalasPadam