Apakah Maksud Kes Sporadik?


Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, menjelaskan bahawa terdapat 69 Kes Sporadik di negara ini.

Kes Sporadik merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positive COVID-19.

Bagaimanakah dia boleh dijangkiti?

Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya. Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga.
Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai.
Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga.
Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Convid-19.

Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari. Contohnya: Kita berada di pasar raya atau market basah, orang yang pembawa virus bersin atau batuk, virus itu pun boleh kena kepada kita walaupun kita pakai penutup muka tetapi datang di rumah kita tak bersihkan diri. Terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton TV. Harus diingat, kita tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari, kita pun tak ingat tempat yang kita kunjungi.

Jagalah diri, hargailah nyawa.
Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau kita asyik keluar ke sana ke sini, kita mungkin tidak selamat.
Oleh itu, kurangkan pergerakan.
Ingat, jika seorang kena, mungkin semua ahli keluarga kita akan kena juga. Kalau tak nak, sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini.

✅ Mandi 3 kali sehari
(setiap kali selepas keluar rumah)
✅ Minum air putih 1.5 liter sehari
✅Basuh tangan dengan kerap dan betul
✅ Jaga pemakanan yang seimbang.

#stayathome #KitaPastiMenang

Catat Ulasan for "Apakah Maksud Kes Sporadik?"