10 Jenis Ikan Boleh Makan Semasa Pantang Bersalin
Amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.
Ibu muda dalam masyarakat Melayu umumnya menganggap tempoh berpantang 44 hari itu sebagai waktu yang menguji kesabaran. Pada masa yang sama, ramai wanita Melayu bersedia dan mahu mengikuti amalan berpantang.
Resipi makanan ketika berpantang selepas melahirkan bayi adalah perkara yang perlu dititik beratkan oleh para ibu terutama kepada yang baru saja melalui fasa ini.
Di sini bro akan kongsikan beberapa jenis ikan yang boleh dimakan dan resepi-resepi untuk bro-bro boleh masakkan kepada ibu yang sedang berpantang.
Ibu muda dalam masyarakat Melayu umumnya menganggap tempoh berpantang 44 hari itu sebagai waktu yang menguji kesabaran. Pada masa yang sama, ramai wanita Melayu bersedia dan mahu mengikuti amalan berpantang.
Resipi makanan ketika berpantang selepas melahirkan bayi adalah perkara yang perlu dititik beratkan oleh para ibu terutama kepada yang baru saja melalui fasa ini.
Di sini bro akan kongsikan beberapa jenis ikan yang boleh dimakan dan resepi-resepi untuk bro-bro boleh masakkan kepada ibu yang sedang berpantang.
Ikan haruan
Ikan kerisi
RESEPI IKAN KERISI MASAK ASAM
Bahan bahan
2 ekor ikan kerisi
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih – dihiris
1-2 inci halia – dihiris
1 tangkai cili merah dan hijau – dihiris
1 mangkuk air asam
Caranya
1. Goreng ikan kerisi selepas dilumur dengan garam dan kunyit kemudian toskan!
2. Tumis bawang putih dan halia sehingga sedikit kekuningan.
3. Kemudian, masukkan bawang besar dan cili.
4. Tumis sehingga bawang besar layu.
5. Masukkan air asam jawa dan garam dan tunggu sehingga mendidih.
6. Kemudian, jirus di atas ikan kerisi yang sudah digoreng tadi.
Ikan gelama
Ikan selar
Ikan senangin
Ikan tenggiri
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK SINGGANG
Bahan-bahan
Ikan tenggiri dipotong 3 keping besar
3 ulas bawang putih – diketuk dan dihiris
2 cm lengkuas – dihiris nipis
2 cm kunyit hidup – dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masakkan hingga kuah mendidih.
4. Sedia untuk dihidang.
Sedap makan dengan nasi lembut dan masih panas.
Ikan bawal putih
Ikan merah
RESEPI RINGKAS SUP IKAN MERAH
1 keping isi ikan merah
Sedikit brocolli ,carrot , daun sup & daun bawang
lada hitam , halia , bawang putih *
Cara Masak
Tumbuk bahan yang bertanda *
Hiris daun sup, daun bawang, brocolli & carrot
Tumis bahan yang dah ditumbuk, bila dah naik bau, masukkan ikan, tumis kejap.
Masukkan air, tunggu sehingga mendidih, masukkan garam. Last sekali masukkan sayur semua. Masak sehingga mendidih.
RESEPI SUP IKAN MERAH
Bahan A
2 keping ikan merah
1-2 biji ubi kentang (dipotong kiub)
Bahan B
1 camca besar minyak jagung / zaiton (sedikitttt saja sekadar untuk menumis)
5-6 ulas bawang putih (seelok nya dicincang dari dihiris)
1 1/2 inci halia (dihiris batang mancis dan dipotong pendek atau dicincang)
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
8 kuntum bunga cengih
6 biji buah pelaga
Bahan C (jadikan pes)
1 camca besar rempah sup
sedikit air
Bahan D
Air secukup
2 biji bawang besar (ditumbuk. Jangan kisar kerana rasa nya akan 'lari')
1/2 camca besar Lada Hitam biji (ditumbuk halus/kisar kering)
1/2 pokok daun ketumbar (dihiris)
garam
2 pokok daun ketumbar (biarkan sepokok-sepokok)
Bahan F
Bawang Goreng
Daun Sup (optional)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumis bawang putih sehingga ia bertukar keemasan untuk menerbitkan aroma sepenuhnya.
3. Baru masukkan halia dan kacau ~ 5 minit sehingga ia benar-benar layu/kecut.
4. Masukkan rempah 4 sekawan dan kacau sehingga terbit aroma.
5. Masukkan pes rempah. Kacau sehingga rempah sedikit kering.
6. Masukkan air bersama bawang merah dan biarkan sehingga kuah mendidih.
7. Masukkan ikan, ubi kentang, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan perasakan dengan garam.
8. Perlahankan api dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
9. 2 minit sebelum angkat, masukkan daun ketumbar (pokok).
10. Tabur dengan bahan F semasa menghidang
Ikan yu
Ikan jenahak
Catat Ulasan for "10 Jenis Ikan Boleh Makan Semasa Pantang Bersalin"