Cara Merancang Kelahiran Anak Lelaki Atau Perempuan
KALAU NAK ANAK LELAKI, SUAMI KENA MAKAN BANYAK MAKANAN LAUT (SEAFOOD)❓π€
INI TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA ANAK‼️π«
.
Agak peliklah kalau siapa tak pernah berangan nak anak perempuan atau anak lelaki kan? Kalau boleh pilih, memang seronok tapi tak kisahlah jantina anak yang mana pun, itu merupakan rezeki dari Allah. Tetapi, tak salah kalau kita mencuba.
.
Banyak tips yang boleh dijumpai di laman internet mengenai tips-tips mendapatkan anak mengikut jantina yang kita mahukan tetapi tak tahu mana satu yang betul. Jadi, kalau anda keliru nak ikut tips yang mana, apa kata cuba baca perkongsian dari Puan Taibah Nurwahidah ini sebagai panduan anda!
.
CARA MERANCANG JIKA MAHU BAYI PEREMPUAN ATAU BAYI LELAKI‼️πΆπ»
.
Alhamdulillah saya & suami dah mencuba & diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak kedua kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
.
Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY & ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki & perempuan adalah 50-50. Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik. Perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena faham apa sifat kromosom X & Y terlebih dahulu. X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan, manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju. Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sini la saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (Cikgu kimia la katakan).
.
TIPS BERGUNA π
1) PEMAKANAN
Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan lait (seafood), manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu. Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl, maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya & suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood. Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam & siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam & daging.
Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia. Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu, susu, cheese & butter. Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Eakkan makan masam & isteri elakkan makanan tenusu.
2) TEMPOH BERSAMA
Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tahu waktu subur. Yangg pertama senang je, pergi farmasi beli Ovulation Test, bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.
Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna Application Period Calendar kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia, waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.
Ok kenapa penting nak tahu waktu subur, tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X & Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX (girl). Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya, perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan. Maka jadila XY (boy).
ππ»Ok itu saja tips yang saya & suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau Google, tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa. Minta sungguh-sungguh pada Allah.
Semoga tips ni dapat memberi manfaat pada yang membaca. π
Sumber FB
Catat Ulasan for "Cara Merancang Kelahiran Anak Lelaki Atau Perempuan"