Tips Percutian Ke Abu Dhabi Dan Dubai

Burj Khalifa Dubai
Itenary 4 hari 3 malam ke Dubai & Abu Dhabi. Total kos lebih kurang RM 3,200 seorang (untuk flight, hotel, transport, tiket ke tempat2 menarik Dubai)

Tidak termasuk makan & souvenirs. Makan murah je .. lebih kurang 12 aed per meal.

- - - - - - - - - - - -- - - - - - - -- - - - -

Sedikit info ttg Dubai:

1) Nama Dubai berasal dari bahasa India ; Du = dua,  Bai = Brother.  Dubai melambangkan 2 saudara yg terpisah. Ada ceritanya, tak ingat pula.

2) Dubai hanya ada 3% hasil minyak. Selebihnya bergantung pada pelancongan,  perdagangan dan pelaburan.

3) Pada tahun 2014, Airport Dubai tercatat sebagai Airport paling sibuk di dunia.

4) Dubai bergantung kpd Diesel utk sumber tenaga. Tetapi tahun 2020, mereka dah tukarkan sumber tenaga dari Diesel kepada Tenaga Solar. Sekarang solar power plant dah pun siap.

5) Pada tahun 2008, Dubai pernah bankrup. Tiada duit. Waktu itu, krisis ekonomi dan Dubai pula sedang buat banyak sgt projek yg luar biasa mahal seperti Burj Khalifah,  Palm Al Jumeirah etc. Lalu Sheikh Khalifah telah suntik modal ke Dubai. Sebab itu, nama Burj Khalifah lahir. Kalau tidak, nama asal adalah Burj Dubai.

6) Di Dubai,  ada hotel tertinggi di dunia. Hotel tersebut adalah JW Marriott. Ada 1800 bilik tidur.

- - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - --

Sedikit cerita ttg negara UAE:

1) Pokok kurma adalah pokok rasmi negara UAE. Pokok kurma tidak sesuai ditanam di negara yg lembap seperti Malaysia,  Indonesia,  Thailand etc. Boleh tumbuh tetapi sukar berbuah. Ini kerana buah kurma sukar melekat dlm keadaan tanah yg bnyk air. Buah kurma akan semakin baik dlm keadaan tanah yg kering.  lagi kering, lagi baik...

2) Burung helang menjadi burung kegilaan para bangsawan UAE. Helang melambangkan status kekayaan seseorang.  Tingginya taraf helang di sini, sehingga kalau Owner nya nk bawa helang tersebut ke luar negara, jika Owner nya naik Business class, helang tersebut pun wajib naik Business class.
Business Class, Emirates
3) Di UAE, hampir sukar bertemu dgn motosikal. Ini kerana, harga motosikal adalah jauh lebih mahal dari sebuah kereta. Rasanya saya tak pernah nampak any motosikal sepjg 8 kali saya Travel ke UAE. Mungkin tok Arab yg kaya je ada motosikal.

4) Di UAE juga, ditetapkan syarat. Wajib ada masjid setiap 1 km. Regardless ada orang tinggal di sekitar atau tidak. Gaji imam dan muazin dibayar oleh kerajaan.

5) Di sini, para pemandu sgt berhati2 dgn kamera speed trap. Sebab samannya sgt mahal! Jika kereta terlanggar unta, dan unta mati, pemandu wajib bayar terus 10,000 dirham kepada pemilik unta.

- - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - -- - - - - - -

Antara kelebihan lain warganegara UAE:

1) Jika wanita Emiratee bernikah dgn lelaki Emiratee, gaji suami akan naik 100%. Dahulu dapat sebuah rumah, tetapi Sheikh Khalifah tidak mahu rakyatnya menjadi malas,  lalu dimansuhkan keistimewaan ini. Beliau menaikkan gaji suami 100% kerana mahu lelaki Emiratee keluar bekerja, bukan duduk di rumah. Jika ada yg tidak mahu bekerja, of coz X ada gaji. Jadi Mereka masih dpt rumah, tetapi rumah yg dpt, di tgh pasang pasir, jauh dari facilities.

2) Lelaki Emiratee boleh berkahwin lebih dr satu, tetapi wajib ikut syarat. Ada 3 syarat yg ketat:
- Jika isteri kedua minta Ferrari, isteri pertama juga wajib ada Ferrari
- Jika isteri ketiga mahu istana, isteri pertama dan kedua juga wajib ada istana
- Jika isteri pertama report di mahkamah bahawa suami tidak berlaku adil, suami bisa menjadi papa & bankrup

3) Wanita luar yg berkahwin dgn lelaki Emiratee,  akan mendapat taraf kewarganegaraan & segala keistimewaan setelah 10 tahun perkahwinan. Tetapi jika wanita Emiratee berkahwin dgn lelaki luar, taraf warganegara wanita emiratee itu akan lupus 100%. Ini cara Sheikh Khalifah menjaga rakyatnya.

4) Perkahwinan kali pertama antara lelaki & wanita Emiratee akan mendapat wang majlis.

Catat Ulasan for "Tips Percutian Ke Abu Dhabi Dan Dubai"