Tips Dan Itinerari Menaiki Keretapi Transiberia


ITINERARI RINGKAS KEMBARA DENGAN KERETAPI TRANSIBERIA DARI VLADIVOSTOK KE MOSCOW.
(Base on travel date Ogos 2017.)

1. Dari KL, boleh ambik flight ke Seoul. Then boleh tidur 1 malam dulu di Seoul atau just transit. Tapi make sure ada masa tak kurang 6 jam sebab akan tukar flight. Kena collect luggage dan check in semula.

2. Dari Seoul ke Vladivostok , naik Aurora Airlines. Flight dari seoul ke Vladivostok dalam 2 jam macam tu.

3. Stay 1  atau 2 hari di Vladivostok. Di Vladivostok anda boleh cuba naik funicular ke Eagle Nest Hill untuk lihat view cantik kota Vladivostok.

Selain itu, kalau nak merasa suasana dalam kapal selam, boleh pergi submarine muzium. Ada banyak kapal selam yang telah diubahsuai menjadi muzium.

4. Dalam kembara Transiberia ini, saya decide untuk stop dan berhenti bermalam di 4 lokasi iaitu
1. Irkutsk
2. Ekatarinburg
3. Kazan
4. Moscow.

5. Perjalanan pertama dari Vladivostok ke Irkutsk dengan train nombor 99. Keretapi akan bergerak pada pukul 1 pagi waktu Vladivostok. Sebelum itu, anda perlu tukarkan voucher tiket yang dibeli secara online kepada tiket sebenar di stesen.
( rasanya sekarang tak perlu tukar dah kot).

6. Perjalanan dari Vladivostok ke Irkutsk mengambil masa lebih kurang 76 jam.  Dalam tempoh 76 jam ini ada berpuluh- puluh perhentian. Paling lama sekitar 70 minit.
Waktu keretapi berhenti lebih dari 20 minit, korang boleh turun dari train tapi dinasihati tidak keluar dari stesen keretapi.

Lagi satu pastikan ingat platform mana gerabak keretapi yang korang naik.  Sebab stesen keretapi utama kat Rusia ni ada berpuluh platform.

Dan semua gerabak keretapi adalah sama warna.

7. Selepas 76 jam, keretapi nombor 99 akan berhenti di stesen Irkutsk sekitar jam 3 pagi. Satu kekurangan kalau ambik train number 99 ni ialah korang takkan dapat lihat keindahan tasik baikal sebab waktu keretapi ni lalu dah malam.

Dan, sebab keretapi ni sampai pukul 3 pagi, sebaiknya deal dengan pihak hotel atau tempat penginapan untuk pick up korang.

Ini untuk elakkan kena scam dengan pemandu teksi di sana.

Ataupun korang boleh tunggu di stesen keretapi sehingga matahari terbit untuk ambil tram atau bas.

9. Kenapa stop kat Irkutsk ?
Irkustk merupakan lokasi persinggahan ramai kaki travel yang melakukan kembara transiberia sebab ia adalah pintu masuk untuk ke Tasik Baikal, iaitu tasik air tawar yang terdalam di dunia.

Jika anda datang waktu winter, tasik ini akan membeku dan kenderaan boleh lalu di atas tasik ini.

Cuma time winter, suhu boleh mencecah sehingga -30. Sanggup?

10. Di Irkustk juga, kedai makanan halal banyak terdapat di kawasan oldtown, terutama berhampiran dengan masjid. Masjid di Irkutsk merupakan antara masjid paling awal di Rusia.

11. Kembara Transiberia diteruskan lagi dengan keretapi nombor 69.

Keretapi ini berlepas jam 5 petang. Pastikan anda berada di stesen sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu berlepas. Keretapi di Rusia biasanya akan bergerak tepat pada waktunya.

12. Perjalanan ke destinasi berikut ini mengambil masa lebih kurang 56 jam menuju ke kota keempat terbesar di Rusia iaitu Ekatarinburg.

13. Kenapa stop di Ekatarinburg? Sebab di kota ini  terdapat garis pemisah antara benua Asia dan Eropah yang dikenali dengan KM zero.

Cuma anda perlu menaiki teksi untuk ke lokasi ini sebab ia terletak di tengah2 lebuhraya.
Dicadangkan untuk anda download apps bernama Yandex. apps ini fungsinya sama seperti grab dan uber.

Ohh ya, di Ekatarinburg , jangan lupa singgah di satu restoran halal yang menyajikan sup daging paling sedap.

Campuran daging yang cukup lembut dan diadun dengan rempah dari resipi Asia Tengah memang lain macam rasa dia.

14. Perjalanan bersambung destinasi seterusnya ke kota Kazan. Ambil train jam 10 malam. Perjalanan ke Kazan cuma sekitar 14 jam sahaja.

Anda akan tiba sekitar jam 11 pagi. Cuma di Kazan, pastikan anda tiba di stesen Kazan 1 atau Kazan 2.

15. Kenapa kena singgah Kazan? Pandangan peribadi, Kazan antara kota paling best sepanjang kembara Transiberia ini.

 Selain tarikan Kazan Kremlin yang menempatkan masjid dengan kubah berwarna Turquois,  Masjid Qol Shariff, penduduk Kazan adalah ramai Muslim.

Jadi anda boleh cuba pelbagai resepi enak di sini. Salah satunya adalah hidangan steak paling famous di Siberia. Susah nak cakap sedap dia. Kena cuba sendiri.

16. Selain itu, di Kazan ini suasana malam agak happening terutama di kawasan Bouman Street. Boleh lepak sambil layan pemuzik jalanan di sini.

17. Seterusnya, perjalanan bersambung ke destinasi penamat kembara Transiberia ke Moscow .

 Jika anda nak jimat masa, boleh ambil keretapi lewat petang sekitar jam 6.

Perjalanan ke Moscow dari Kazan cuma mengambil masa 8 jam sahaja.

18. Tiba di kota Moscow sekitar jam 5 pagi. Di Moscow, jangan keliru dengan stesen keretapinya sebab nama stesen keretapi adalah mengikut destinasi akhir keretapi tersebut.

Jadi, jika anda booking pick up dari hotel, pastikan anda nyatakan stesen keretapi yang betul.

19. Anda boleh peruntukkan 2 atau 3 hari di kota Moscow. Antara tempat yang anda harus kunjungi  dan bergambar di depan ikon kota Moscow iaitu St Basil Cathedral .

Jangan lupa juga singgah di pasar karat yang terbesar di Moscow iaitu Izmaylovo Market. Ada pelbagai barangan pelik dan unik terdapat di situ.

Selain itu, cuba luangkan masa tour 5 stesen metro bawah tanah di Moscow. Memang cantik-cantik dekorasinya.

Mengikut kisah lampau, stesen metro bawah tanah ini dulu menjadi tempat persembunyian askar2 Rusia sewaktu peperangan dan apabila perang berakhir, pemerintah Rusia memberi penghormatan kepada semua parajurit negara dengan menjadikan dekorasi stesem metro ini sama seperti istana.

Cuma, satu je tips penting kalau nak gambar cantik di Moscow ini.

Pastikan anda keluar awal pagi sebelum ketibaan bas-bas pelancong yang membawa ribuan pelancong.

20. Tamat di kota Rusia, anda boleh berbangga kerana telah berjaya mengharungi kembara epik yang lain dari yang lain.

Kembara merentas 8 zon masa sejauh lebih 8000 km dengan keretapi menjadi impian ramai orang, tetapi bukan semua berjaya harungi.

Dari kota Moscow, anda boleh ambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur atau jika cuti masih berbaki, anda boleh meneruskan perjalanan ke St Petersburg sebelum menyeberang Lautan Baltik menuju ke Tallin di Estonia dan Helsinki di Finland.

Moga di tahun 2020 ini, impian anda merasai pengalaman merentas bumi Siberia dengan keretapi di laluan terpanjang di dunia tercapai.

Berapa hari yang diperlukan untuk keseluruhan kembara Transiberia ini ?

Cadangan saya antara 15 ke 20 hari adalah cukup. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lama.

Sumber FB

Catat Ulasan for "Tips Dan Itinerari Menaiki Keretapi Transiberia"