Tips Dan Itinerari Ke Bangkok Dan Lopburi Thailand

🌸Trip Bangkok NYE 2020🌸


Baru sampai Malaysia. Otak tgh fresh. So,ni simple iti yg aku boleh taip, kalau nak complete sekali transport, pm aku.aku bt iti complete details. kat bwh ni aku hnya cerita tmpt aku pi saja. nt aku bagi file excel.ok😉

Bajet kami RM600 lebih kurang,untuk 6hari. Share 3orang. Termasuk transport,makan,hotel. Utk shopping pulak,ikut nafsu hampa.

Rate aku tukaq(pandai2 bajet ok):
Rm100=760B di Malaysia,
Rm100=698B di Money Changer Bangkok, Rm100=722B di CIMBThai (aktifkan dlu oversea withdraw)

📆Hari pertama (28.12.2019)
🚂Train Padang Besar > Hua Lamphong
** lbh krg 6pm-12pm. 18jam ya dlm  tu. sila bwk bekalan mkanan,dlm tu ada servis makan tp xtau halal ka dak
** RM126 untuk upper bed, RM139 untuk lower bed. 2nd Class. Beli dlm on9 SRT. ikut lah nak selesa yg mana. atas sempit sikit takda tingkap, bwh luas sikit ada tingkap.

📆Hari kedua (29.12.2019)
🛏 Mellow Fellow Hostel
** Book female dorm 8bed, thru Agoda. Book awai so dpt la harga satu katil untuk 3mlm, seorang RM107..
** Sangat recommended kot. Sbb dkt sgt dgn  BTS Ratchadewi.dan walking distance dgn mall dan night market.

🛍Chatucak Weekend Market
** Dibuka meriah pd hari jumaat sabtu ahad saja. dari awal pgi smpai ptg.
** Ada 15,000 kedai dan ada 27section. segala makneka jual. ni adalah sbb utama aku repeat bangkok🤪
** Ada satu dua kedai makan halal dlm tu. cth, Saman Islam. mahei ler sbb tumpuan.

🛍Pratunam Night Market
** Walking distance sj dr hostel. Dlm 2km.
** Dibuka setiap mlm. Depan Palladium Mall ada byk jual makanan Muslim/Halal(tp siap duit,serba mahai). Seberang tu Platinum Mall ada jual baju,souvenir,kraf..

📆Hari ketiga (30.12.2019)
🚂Train Hua Lamphong > Lopburi
** Train plg awal pukul 7pagi. Amik masa 3jam. Tiket beli onthespot 50Baht sorg tapi tiket Standee (maksudnya xdak no seat,ada kosong bru duduk,klau xdak,sila bdiri🤣).Boleh nk beli ada seat,tp mahai sikit dan xsure brapa harga.boleh tnya kaunter.

🌻Private Tour Lopburi
** Wishlist. Mmg nak sgt tgk bunga matahari yg byk tu. masa sampai kt stesen,akn ada org approach utk naik pikap depa tour sunflower farm. Sbb kami bertiga ja, dia offer 200Baht sorg pi balik.
** Hangat xtau nak habaq. Jadi xtorah nk tgkp gmbaq pun, tapii lawaa laa tmpt dia. Bunga ni berbunga ikut musim,hnya kembang bulan 11,12, dan 1. tp kami pi hujung bln 12 pn byk dh dituai jd kuaci.
** Lps sunflower field tu,boleh laaa requesr nakpi ladang bunga cosmos, kami mmg plan nakpi tp sbb panas sgt dan ramai org,kami cancel.
** Monyet pun ramaiiii.mmg bandar dia. aku takot monyet,so aku xpi la ronda ikut dan kot situ.

🚌 Minivan Lopburi > Bangkok
** kami xlrt tunggu train,so kami balik naik minivan. 2jam camtu dh smpai bangkok.
** Harga 120Baht sorg. nanti suruh driver pikap  tu drop kt minivan office area situ.

🍜 Usman Halal Thai Restaurant
** landmark Hotel Marriot Sukhumwit Soi 22.kalau naik BTS, turun dkt BTS Asok pstu jalan kaki sikit akan lalu lorong utk ke situ(google ja sng)
** Makanan dia sedapp dan harga takla murah sgt. cuma berbaloi la.

🛍Terminal 21
** jalan kaki saja dr usman restaurant.
** Mall ni besaq. Unik sbb setiap level ada tema. plg cantik toilet la. ada level tema Paris,Istanbul,London.

🛍Ratchada Rod Fai Train Night Market
** Ada shopping area,dan area kedai makan(non-muslim)
** kami tak explore byk sbb terlalu crowded dgn chinese travelgroup. ya Ampunn ramaiii sgt2. mungkin sbb newyear. kalau nt pi bangkok lg,nak repeat sini🤪

🛍Talad Neon Night Market
** sebelah dgn Pratunam Night market. aku ska sini sbb mcm2 brg ada. org pun xla ramai sgt.
** ada area kedai makan untuk muslim. Kami mkn Miangpla ja situ.

📆Hari keempat (31.12.2019)
🛍Pratunam Morning Market
** Sini jualan borong. 1pcs harga lain, 3pcs ke atas harga lain. sini kebanyakan design baju,barang smua up to date. byk olshop amik brg sini.
** Kami mai pukul 8pagi. mmg meriah dan ramai. sakan gak la shopping😅.

 🦄 Unicorn Cafe
** buka pukul 12tghri sampai malam.tutup isnin
** boleh turun BTS Chong Nonsi pastu jalan sikit area residence hotel.
** jual smoothie, crepe ice cream camtu ja. boleh la habuan tgkp gmbaq🤪.

🛍ICON SIAM & ASIATIQUE
** icon siam ni indoor mall,asiatique ni outdoor mall la lbh krg.
** turun BTS Saphan Taksin. Naik free shuttle boat ke icon siam atau asiatique. Utk ke icon siam,boat jln awai, tp utk asiatique boat jalan start pukul 4ptg.
** Boleh nak naik boat cpt tp kena byar dlm 20B kot.
** Dua tmpt ni tepi2 Phraya River. sbb tu naik boat.
** Iconsiam ada kedai halal betoi2 dpn lps msok entrance.
** Asiatique tmpt jual souvenir, baju2 sikit tp harga mahal la..

🎇Central World Bangkok
** Mall ni seberang ja dgn pratunam night market & talad neon night market.
** Kami xmasok mall pun. kami dk luaq sbb nak tgk fireworks. Manusia ya rabbi,ramaii sgt.
** Mungkin ni antara toplist org Bangkok atau tourist smbut newyear kot.😬

📆Hari kelima (01.01.2020)
🛍 Bobae Market
** Actually, sini tmpt borong, dan bagi aku, sini xdak la fashion2 sgt. benda biasa2. bg sapa yg nak bisnes,nak beli byk, boleh la mai sini.mcm aku nk beli selai,jd mahai balik la.

🛍 Pratunam Morning Market
** ni aku repeat balik jaaa sbb best🤣. last shopping sebelum nak balikkk..

🍜 Fareeda Fatornee
** Kedai ni area Hostel jgk cuma kena jalan sikit.
** Murah la harga makanan dia banding kedai2 lain kami penah pi.
** Beli bungkus makanan siap2 utk mkn dlm train nt.

🛍 7- Eleven
** Gigih buh dlm list🤪. Ni perabeh duit. Arabus 25B, Meiji 27B, Redbull 10B.. haihh, senget palabau dk heret botol2 ni.

🚂Train Hua Lamphong > Padang Besar
** naik pukul 3ptg-10pagi. 18jam ya dlm  tu. sila bwk bekalan mkanan,dlm tu ada servis makan tp xtau halal ka dak
** RM126 untuk upper bed, RM139 untuk lower bed. 2nd Class. Beli dlm on9 SRT. ikut lah nak selesa yg mana. atas sempit sikit takda tingkap, bwh luas sikit ada tingkap.

Ada few tmpt yg kami xsempat pi nakpi.
Tempat yg boleh selit msok list :
📍Chocolate Ville
📍MBK Mall

📝Akhirlah trip kami. Naik train mmg murah,boleh heret byk mana brg kita ada,xdak extra caj mcm flight, tapi tu lah. makan masa la. sbb train dlm 18jam lbh krg.

📝Dari bangkok,boleh ja hampa nakpi hua hin, khao yai, lopburi. naik train atau minivan.

📝Aku xcerita in detail transport kami spnjg di bangkok sbb tu option. aku mmg prepare utk naik BTS & MRT, tp kami byk guna grab. sbb bila dihitung, sama ja harga dgn guna grab sbb kami 3org kan. bgantung situasi dan tmpt la. kdg kami naik BTS sbb cpt, grab ni kena hadap jem la tp selesa xbsesak org. Kami byk bjalan kaki sebenaqnya🤣. sehari 15km.

📝Ni trip kedua ke bangkok. sebelum ni aku penah pi dah dan dh explore tmpt lain, sbb tu trip kali ni aku xinclude, hanya semata mai nk shopping. but aku ada iti, utk hampa refer tmpt lain yg aku xbuh dlm trip kali ni. semua dlm excel. boleh pm aku.

Aku nak repeat. Sapa nak ikut?😂🤪

Sumber FB

Catat Ulasan for "Tips Dan Itinerari Ke Bangkok Dan Lopburi Thailand"