Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bengkel Penataran Collaborative Instructional Design System


Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS)
Apa itu Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS)?

Ia adalah Alat Aplikasi Mereka Bentuk Pengajaran Guru Abad Ke-21 secara atas talian.

Kenapa?
Menyediakan pengamal dalam pendidikan alat dan perspektif yang bernilai, untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan latihan serta memenuhi keperluan Pembelajaran Abad Ke-21 untuk semua pelajar tanpa mengira kemampuan mereka.
Mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan 4-Pendidikan 2030 (UNESCO) – memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Memenuhi keperluan Naratif Baharu Amalan Pendidikan bagi mencapai proses pembelajaran dan pengajaran yang dinamik, aktif dan inovatif bertaraf negara maju.

BAGAIMANA?
Melalui aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Model ASIE) dan Program Komuniti Pembelajaran Profesional.(PLC)
Menjana kreativiti guru untuk merungkai kurikulum (unpack the curriculum) membentuk item perancangan pengajaran (RPH) berlandaskan ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 dan amalan pedagogi peringkat global
Guru boleh mengubahsuai (customize) format RPH mengikut keperluan sekolah.
Boleh mengubahsuai perancangan untuk kelas, kumpulan atau Perancangan Mengikut Acuan Murid (personalized lesson)
Membolehkan pengintegrasian pembelajaran STEM, STEAM dan STREAM dalam RPH.
Membolehkan pelaksanaan pembelajaran berbentuk Modular dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).
Menyediakan kemudahan laporan digital untuk aktiviti Lesson Study, penilaian SKPMg2 dan aktiviti kokurikulum.
Memudahkan pemantauan dan bimbingan pentadbir di pelbagai peringkat.
Berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat secara maya dalam PLC.
Dan banyak lagi fitur-fitur yang menjurus ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) berlandaskan prinsip dan teori pendidikan untuk diterjemahkan sebagai amalan terbaik dalam pembelajaran.
Anda boleh membaca atau memuat turun panduan ringkas aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam manual pengguna atau membaca dan mengkaji penerangan lengkap CIDS melalui Buku Panduan CIDS.

Anda boleh log masuk sebagai “tetamu” dengan  menggunakan maklumat berikut:

Nama Pengguna: asietetamu
Kata Laluan: asietetamu

Anda juga boleh klik “Dapatkan ID Percuma” untuk mendapat ID anda secara percuma untuk tempoh  jangka masa 1 bulan.   
Dapatkan maklumat lanjut melalui email: CIDS@support team

Oleh: Dr Hj Ismail Md Zain, PMP


Id asiemodel.net
CIDSGURU20718
CIDSTADBIR2677 - GB

1 ulasan for "Bengkel Penataran Collaborative Instructional Design System"