Cara Cuci Blower Aircon Kereta Proton Exora
pandangan dalam dashboard dan aircon kereta proton exora
Blower aircon Exora saya terasa perlahan walaupun dah buka speed 3. Filter pun dah cuci tapi masih perlahan lagi. Setelah meneliti saya ambil keputusan untuk cuci blower kereta ini. dari segi kandungan gas dan sistem yang lain saya dah periksa ok.
Keburukan blower kotor :-
- Terpaksa buka speed tinggi untuk rasa hembusan angin
- keluar kabus dari corong blower
- Angin hembusan berbau busuk
- terasa pengudaraan dalam kereta terasa tak sedap rasa nak muntah bagi mereka yang tak biasa naik kereta anda. bagi yang dah berhari-hari naik memang tak perasan sebab dah serasi dengan bau kotor ini.
Punca blower kotor:-
- memang tidak dapat dielakan pakaian kita mengeluarkan bulu halus dan amat mudah terbang. labih kuat lagi jika pakaian itu jenis berbulu. nak tengok contoh lihat pada bilah kipas angin di rumah anda. untuk melihat bagaimana bulu ini terbang berda pada suluhan cahaya mata hari pagi atau suluhan lampu projector anda akan dapat melihat bulu ini berterbangan.
- tidak mengetuk kasut ketika masuk kereta. bayangkan ketika pergi ke pasar dan memijak tempat-tempat yang kotor habuk dari tapak kasut atua selipar akan itu sama perpusing-pusing bersama udara dalam kereta.
- Secara tidak sengaja anda telah menekan suis udara luar masuk, suis iti terletak dibawah speed blower. bayangkan jika anda lalu di kawasan berdebu dan berbuk keadan ini akan menyebabkan kekotoran melekat pada blower. memang ada filter udara dalam kereta tetapi ia tidak mampu debu dan habuk kecil melaluinya. suhu lembab diluar akan menjadikan habuk yang sedia ada meleket pada bilah blower dan amt sukar ditangalkan kecuali membukanya.
- menyimpan benda yang berdebu seperti bedak didalam laci kereta. atau memakai bedak dalam kereta akan menyebabkan blower mudah tersumbat dan menjadi kotor. jika keadaan teruk lubang air coolong coil keluar juga boleh tersumbat jika keadaan beterusa dalam jangkamasa lama
Kelebihan blower bersih:-
- Dapat bernafas dalam udara dan persekitaran yang bersih. Bayangkan perjalanan dari KL ke Perlis tempoh berjam-jam anda didalam kereta itu anda menghidu udara didalam kereta.
- Dapat menjimatkan pengunaan aircond. tek perlu buka speed blower kuat-kuat.
- Dapat menjimatkan pengunaan minyak secara electricalnya kerana aircond dapat bekerja dengan lebih cekap.
Ikuti langkah-langkah cuci blower aircond exora bold
1. Cara buka laci dashboard proton exora
2. Cara tanggalkan blower:
- Tanggalkan terlebih dahulu soket kuasa ke blower.
- Terdapat 3 sekru dibawah blower. kedudukanya tesorok. anda perlua mengunakan sekru driver kecil. untuk mudah melihat anda boleh gunakan cermin untuk mengintai kedudukkan sekru. dan membukanya.
3. Filter telah ditanggalkan.
4. Gunakan lampu suluh
5. Tanggalkan soket kuasa ke blower
6. Kikis habuk yang melekat pada blower dengan benda yang lebut tetapi tegap. Saya mengunakan sekru driver kecil flat. dan mencocokkannya pada kain dan lembabkansedikti kain itu. pastikan sekru driver tidak terkeluar dari kain dan tumpul. serta lembut.
-inilah hasil kekotoran yang melekat. kekotoran ini tidak mudah hilang kerana ia meleket pada bilah blower yang melengkung keci.
7. Disebabkan saya melakukan kerja pembersihan pada hari cuti. keta pun tak keluar maka membasuh bilah blower dengan sabun dan mencucinya. dengan air mengalir. proses ini mengambil masa untuk membiarkan blower kering dibawah sinaran mata hari.
Blower dah siap untuk dipasang. kini saya dapat merasakan hembusan blower aircond memang mantap. buka speed no 1 pun dan terasa hembusan angin. bau busuk pun dah hilang pun. setelah check rupanya blower Exora ini jenama BOSH made in Korea.
Sekadar berkongsi dan mungikin anda boleh lakukan aktiviti ini pada waktu cuti. selain dapat menjimatkan kos repair dari ia menjadi semakin teruk. TQ
Catat Ulasan for "Cara Cuci Blower Aircon Kereta Proton Exora"