Panduan Kali Pertama Beli Saham IPO MITI

Panduan untuk beli saham IPO ni adalah singkatan untuk ‘Initial Public Offering’. IPO ni akan dikeluarkan oleh syarikat yang baru nak list saham dia dekat BSKL/KLSE. Sebab aku pilih saham IPO kerana kebiasaannya akan naik pada hari pertama listing. Tak payah nak kaji turun naik saham bagai. Jadi memang sesuai sangat lah untuk beginner. Ada dua saluran untuk mohon saham IPO ni; Broker dan MITI(Bumiputera shj)

1. Broker
Antara syarikat broker yg popular ialah Maybank dan CIMB. Lain syarikat lain kelebihan yang dia offer dari segi fasiliti kemudahan. Selain tu caj perkhidmatan pun lain2 jugak. Link untuk senarai broker aku sertakan dekat footnote.

Jadi langkah pertama adalah pilih syarikat broker pilihan hati dan kena buka akaun CDS. Biasanya yuran buka bawah RM10 je. Personally aku prefer akaun CDS patuh syariah sebab senang. Takde lah aku terbeli saham tak patuh syariah pulak kan. Korang take note jugak bab brokerage fee. Brokerage fee akan di caj masa kau beli dan jual saham. Selain tu pastikan broker korang provide online trading platform, mudah nak jual beli saham.

Korang kena rajin check email dan website broker. Bila ade IPO baru korang baca la prospectus IPO tu. Cari status patuh syariah dalam tu(dekat bawah aku cerita lagi pasal patuh syariah ni). Buat homework pasal background, aktiviti bisnes syarikat. Tengok legit ke bisnes company tu.

Permohonan IPO boleh dibuat secara online di laman web broker masing2, melalui perbankan online(CIMBClicks, Maybank2u) dan di mesin ATM. Untuk memohon mungkin caranya berbeza mengikut syarikat/platform tu sendiri. Jadi korang kena explore sendiri bab tu.

2. MITI
MITI adalah Ministry of International Trade and Industry. Setiap syarikat yang nak buat IPO mesti peruntukkan sejumlah saham khas untuk golongan bumiputera. MITI ialah antara agensi yang terlibat menguruskan pembahagian saham khas ni. Pembahagian saham akan dibuka lagi awal dari company broker. Jadi memang korang kena rajin bukak website MITI.

Cara apply pulak adalah secara online. Korang wajib ada akaun CDS dan daftar dengan MITI (link dekat footnote). Ni syarat2 yg aku ambil dekat website MITI

Siapakah yang layak memohon saham khas Bumiputera?

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Nota:
– Pelajar adalah tidak layak memohon.

Apakah dokumen-dokumen berkaitan untuk memohon saham khas Bumiputera

Individu
– Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);
– Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri;
– Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank; dan
– Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI(transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan.
-Salinan Kad Pengenalan/Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas (Disahkan)

Lepas dah daftar korang kena rajin jugak melawat website MITI untuk tengok keputusan permohonan lepas ke tak. Sekarang dekat MITI aku nampak QSR(Makbapak KFC dan Pizza Hut Malaysia). Harga per unit dengar2 RM6.80

*Hari Pertama Listing
Trading akan bermula pada pukul 9 pagi. Login awal2 dekat online trading platform korang(itrade etc). Awal2 pagi ni biasanya harga IPO akan naik steady je. Dah untung boleh la jualkan saham tu.

*Status Patuh Syariah
Status patuh syariah akan diberi oleh Majlis Penasihat Syariah jika saham tersebut memenuhi kriteria2 yang ditetapkan. Jadi saham patuh syariah ni adalah saham yg dijamin halal urusniaganya. Sehingga 21 Mei 2018, 693(77%) kaunter saham patuh syariah daripada 901 jumlah keseluruhan. Untuk IPO, status syariah ni kena gali sikit. Biasanya dalam prospectus akan dinyatakan pasal ni. Kalau tak berjumpa sila rujuk artikel ni https://www.pakdi.net/bagaimana-nak-tahu-status-ipo-patuh-shariah/

IPO ni hanyalah tip of iceberg je dalam dunia pelaburan ni. Aku ucapkan selamat melabur.

Link-link Berkaitan Tentang Cara Memohon Saham MITI Bagi Bumiputera

Catat Ulasan for "Panduan Kali Pertama Beli Saham IPO MITI"