Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Info Tentang Pencen Bagi Pesara


Mari Mengetahui Serba Sedikit Berkenaan Pencen*

*Soalan 1*
1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

*Jawapan*
Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

*Soalan 2*
2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

*Jawapan*
Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

*Soalan 3*
3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

*Jawapan*
Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

*Soalan 4*
4. Penerima pencen dipenjarakan, adakah layak terima pencen?

*Jawapan*
Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

*Soalan 5*
5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

*Jawapan*
Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

*Soalan 6*
6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

*Jawapan*
Ya – tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

*Soalan 7*
7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

*Jawapan*
Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Catat Ulasan for "Info Tentang Pencen Bagi Pesara"