Mahalnya Kasut Sekolah Hitam
"Lu Sapa? "
"Saya cikgu".
Saya terpanggil untuk mengisahkan tentang fenomena ibu ayah membeli kasut sekolah anak-anak. Kejadian ini di sebuah kedai menjual pakaian dan uniform sekolah di Kamunting.
Asalnya saya mencari baju sekolah t-shirt putih berkolar untuk Ali. Rata-rata kedai yang menjual uniform dan kasut sekolah, penuh dengan ibu bapa yang membuat persediaan akhir bagi sesi persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
Usai mencari baju sekolah untuk Ali, saya ke bahagian kasut sekolah. Pelbagai jenis kasut hitam dari jenama dan design yang berbeza. Harga juga boleh tahan mahalnya. Sebelah rak dipamerkan kasut putih "beli 1, percuma 1". Namun rak itu tidak diendahkan. Semua ibu bapa bertumpu pada rak kasut hitam hingga ada yang berebut-rebut mencari kasut pilihan anak masing-masing.
Terserempak dengan orang kampung yang bukan orang senang. Saya lihat anaknya sedang memilih kasut hitam, berharga RM 75 sepasang, sedang dipegang oleh penjual untuk dipastikan harus dibeli.
"Kenapa beli kasut hitam? Kasut putih banyak, murah lagi. Lagipun kasut hitam hanya wajib dipakai pada 2021. Untuk 2 tahun ni boleh je pakai kasut putih. Lanyakla sampai lunyai pon".
" Oh ni anak Abu kan.. " kata Mak Cik itu.
" Ya..sayala"..
" Lu sapa? " soal penjual dengan nada marah, bimbang pelanggannya batalkan belian.
" Saya cikgu." Terus wajah penjual itu berubah.
" Sungguh ka? Ingat kot kena pakai hat hitam dah. Camtu xjadi belila tokey". Mak Cik itu berlalu pergi.
"Ya cikgu, mau beli apa lagi? Mau beli kasut putih ada".
Saya hanya senyum sambil berlalu pergi.
Untuk makluman semua, buatlah pilihan bijak. Ukur baju di badan sendiri. Kenapa nak dibazirkan untuk sesuatu yang tak diwajibkan?
Sekian.
Sumber FB
Catat Ulasan for "Mahalnya Kasut Sekolah Hitam"