Cara Menarik Minat Syarikat Mengambil Anda Sebagai Pekerja
FOR ALL JOB SEEKERS OUT-THERE, You can try this:
Semenjak dua ini saya sibuk hendak tukar kerja baru. Jadi saya buat satu experiment yang mana ia melibatkan 50 buah syarikat dari TEMPAT/ NEGERI (Eg: Selangor, KL, Pahang Penang etc) yang berbeza.
Syarikat- syarikat ini juga berada dalam INDUSTRI dan BUSINESS MODEL yang berlainan seperti Oil n Gas, pembinaan, semiconductor, testing instrument and measurement equipment dan GPS. Size company juga berbeza: kecik sederhana ( Sdn Bhd) dan besar ( Berhad).
Tanpa saya selidik terlebih dahulu samada syarikat-syarikat ini mempunyai sebarang kerja kosong yang bersesuaian dengan kelayakan saya atau pun tidak.
In fact, out of all emails sent, ada 7 automatic reply email dari google kata email employer dah tak sah.
Disclaimer: Tidak semua employer/ Hiring Manager akan tertarik dengan cara saya approach mereka melalui Cover Letter dan Resume ini.
Hasil kajian mendapati:
1. Out of 50 respondents, saya terima 2 email mengatakan bahawa syarikat mereka tidak mempunyai kekosongan, 1 email mengatakan mereka akan review resume saya ( positive feedback) dan 4 jemputan menghadiri temuduga.
2. Dua daripada empat jemputan temuduga yang saya terima adalah pada hari yang sama saya menghantar email meminta kerja. 1 jemputan datang 2-3 hari selepas itu dan 1 lagi selepas seminggu.
Apply 2-3 jam, terus dapat call untuk set interview date.
3. Kesemua 7 feedback email yang saya terima adalah dari syarikat yang beralamat KL/ Selangor ( berhampiran dengan address saya letak dalam resume). So dekat sini, alamat memainkan peranan.
4. Saya juga mendapati, Cover letter is important. It does plays role. IT INCREASES MORE THAN 50% CHANCE of getting interviewed bila saya bandingkan dengan guna Cover Letter yang lama.
Cover letter yang bagus akan menarik pembaca untuk mengenali diri kita.
So what did i do?
i. SUBJECT
- Dekat subject section, biasanya orang akan letak tajuk An Aplication Job for XXX ( termasuk saya sebelum ini). Tapi kali ini saya tukar pada subject yang lebih menarik. Sebagai contoh:
Aien Najihah- A Candidate for Your Company
Atau
Aien Najihah- The Right Fit for Your Company
You may choose any subject. But In either way, subject mesti ringkas, menarik dan briefly introduce yourself.
Macam contoh diatas, saya memperkenalkan nama dan basically memberitahu the hiring manager yang saya sedang mencari kerja ( untuk contoh satu) atau saya adalah pekerja yang tepat untuk syarikat dia maka pilihlah saya panggillah saya untuk ditemuduga ( contoh dua).
ii. Everybody loves a story. So TELL A STORY. An interesting one.
Sebagai pendahuluan, saya bercerita tentang minat saya pada kejuruteraan dan relate kan dengan company tersebut. Jadi kau kena cari apa yang menarik tentang diri kau dan kaitkan dengan pekerjaan yang kau nak mohon.
A simple one. Hanya untuk satu perenggan. Tapi jangan menipu. It must be real. Something yang kau boleh relate.
ii. PROFESSIONAL EXPERIENCES & SKILLS
Masuk perenggan kedua, saya dah mula bercerita ringkas tentang professional life saya. Pengalaman dan jobscope yang saya dah buat selama 3 tahun bekerja dan akhir sekali saya simpulkan dengan one sentence saja,
“ in short, i am experiences in handling a project starting from a scratch, to maintaining it and completely understand how important the responsibility is.”
I am telling the hiring manager, “ Do not worry boy, saya dah buat macam-macam kerja jadi saya boleh buat apa saja dan faham betapa pentingnya untuk saya beri yang terbaik.”
From here, saya cuba berikan the hiring manager satu keyakinan. The assurance.
iii. List all Your Achievements.
Ini penting untuk lebih meyakinkan the hiring manager. Ia memberikan kau lebih kredibiliti kenapa kau patut dipanggil interview. Ia boleh buat hiring manager curious nak jumpa siapa budak seketul ini.
Dia bagus di tempat lain, mungkin dia akan bagus kerja di sini juga.
IV. Sebagai penutup, bagitahu Hiring Manager yang kau bersungguh hendak kerja dekat sana dan kau betul-betul nak menghadiri temuduga secepat mungkin.
V. Untuk signature, please make sure letak NAMA, NOMBOR TELEFON dan ALAMAT EMAIL.
Even bila kau balas email mereka balik pun, please include 3 benda ini.
Senang untuk mereka contact kau balik. Tak perlu belek baca resume. Mudahkan kerja mereka.
ADDITIONAL NOTE:
Vi. Selain dari info diatas, kau juga boleh include pickup line/ convincing words/ explanation for any issues yang boleh jadi faktor penolak pada hiring manager.
Contoh macam saya selalu tukar kerja kan. Akan ada employer yang aka rasa insecure untuk lantik saya. Jadi kalau saya berniat nak explain/ convince the hiring manager, saya boleh tambah satu lagi perenggan lepastu kau pandai- pandailah edit ayat atau perenggan tak penting jadi kau buang je supaya cover letter itu tak panjang meleret dan membosankan untuk dibaca.
Sebagai contoh, saya akan cakap:
By now, you might be thinking,” Then why would this girl find herself another role?” or perhaps, you feel insecure in hiring a person who keep changing her job.
Steve Jobs once said, “The only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle.” And I am a believer of it. I believe those people who keep looking is the one who knows what he wants in his life and career. He has stand, passion and determination.
As I now found my enthusiasm in your industry, I decided to leave my current job and pursue it to the very end.
Ha gitu. Atau lebih kuranglah. Pandai-pandailah kau tukar mana patut yang sesuai dengan diri kau.
Just in case you guys tertanya-tanya, did Aien Najihah did it again?
- Yes guys. Saya dah pun terima offer letter untuk kerja baru. So all the best to you too!
P/s: Cover letter adalah kamu memperkenalkan diri dalam bentuk tulisan. Please be yourself and be authentic.
Sumber FB
Catat Ulasan for "Cara Menarik Minat Syarikat Mengambil Anda Sebagai Pekerja"