Harga Kereta Honda Selepas SST Bulan September 2018


Bagi harga baru tersebut model CKD menyaksikan penurunan harga berbanding harga dengan GST sebelum ini selepas pelaksanaan  SST bermula 1 September 2018.

Harga baru bagi barisan model keluaran dan edaran syarikat Honda Malaysia telahpun dikeluarkan.

Antara model CKD seperti Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V dan Accord akan dijual pada harga bermula dari RM70,242 hingga RM169,398 (di Semenanjung) sekitar 0.5% hingga 3.1% lebih murah.

Namun untuk model Jazz Hybrid, City Hybrid dan HR-V harga dengan SST belum lagi ditetapkan.

Penyusutan harga paling ketara ialah bagi model CR-V 1.5 TC 4WD, iaitu sebanyak RM4,868 dengan SST (RM156,732)  berbanding harga dengan GST dahulu (RM161,600). Jazz 1.5 S pula menyaksikan peratusan penurunan paling banyak, iaitu 3.13%  lebih murah kini berbanding harga dengan GST.

Bagi model Odyssey dan Civic Type R, masing-masing dijual lebih tinggi berbanding  sebelumnya pada harga RM258,896 dan RM330,002 (Semenanjung). Manakala model Civic Type R juga mencatatkan peningkatan paling banyak, iaitu RM10,002 atau 3.13% berbanding harga dengan GST dahulu. Odyssey pula naik sebanyak RM4,096 atau 1.61%.

Senarai harga kereta honda di Malaysia 2018

Catat Ulasan for "Harga Kereta Honda Selepas SST Bulan September 2018"