Video Dan Gambar Proton X7 SUV Proton Pertama Bersama Geely


Telah tular di media sosial beberapa keping gambar SUV Proton yang pertama akan dilancarkan pada masa dan waktu yang tidak diketahui. Apa yang diketahui umum projek tersebut adalah lantaran dari usahasama Proton dengan syarikat Geely dari China. Namun sejauh mana kesahihan rekabentuk akhir bagi SUV pertama Proton ini masih lagi menjadi tanda tanya ramai netizen. Proton sebenarnya sudah lama mempunyai idea untuk membina SUV sebelum kedatangan Geely lagi namun ianya belum mampu direalisasikan. Namun apa yang pasti ianya masih boleh kita banggakan apabila SUV itu siap dilancarkan dan dipasarkan kelak.





Lihat sahaja rekabentuknya yang mengancam sudah boleh kita fikir bahawa ianya rekabentuk moden yang akan meletakkan Proton satu tahap kedepan bersama-sama jenama pembuat kenderaan dunia yang lain. Kami sertakan beberapa keping gambar sisi lain kenderan SUV pertama dari Proton ini untuk tontonan pembaca.

Tonton 'Video Dan Gambar Proton X7 SUV Proton Pertama Bersama Geely' di bawah...



Rekabentuk SUV ini mungkin sedikit mirip model SUV dari Geely. Ianya adalah kebiasaan dalam dunia permotoran dunia. Sepertimana miripnya Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza di Indonesia. Semoga kerjasama Proton & Geely ini mampu membuka buku baharu bagi industri permotoran di Malaysia.

Catat Ulasan for "Video Dan Gambar Proton X7 SUV Proton Pertama Bersama Geely"