TIPS: Cara Beli Air Tin Di Mesin Touch N Go


Beli air gedegang semudah Touch and Go. Kini kita boleh air di mesin automatik tanpa gunakan wang tunai. Kad touch n go yang selalu di gunakan untuk menaiki bas, lrt, mrt kini boleh digunakan untuk membeli air minuman.

1. Push button air tin mana yang nak
2. Touch card TnG (Tadi guna IC je)
3. Gedegang air terus jatuh

Cepat dan mudah. Harga pun murah sikit.

Mesin diperkenalkan Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) dengan kerjasama Ventaserv Sdn Bhd (Ventaserv) dan Coca Cola Refreshments (M) Sdn Bhd (Coca Cola) itu kini ditempatkan di tempat awam di Lembah Klang, termasuk hospital, taman rekreasi, pusat beli-belah dan bangunan pejabat.

Ketua pegawai operasi TNGSB Farilla Abdullah berkata sejajar dengan kemajuan teknologi dalam bidang peruncitan layan diri yang melibatkan pelbagai sektor, Touch 'n Go terus memastikan ciri perkhidmatannya menepati trend semasa serta berusaha untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada pengguna.

Catat Ulasan for "TIPS: Cara Beli Air Tin Di Mesin Touch N Go"