Daftar Dan Semak ASB Secara Online
Guna Saja myASNB, Cepat Dan Mudah. Di sini ditunjukkan cara daftar Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mudah untuk dibuat oleh semua.
Berita baik bagi anda, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memperkenalkan myASNB bagi memudahkan urusan pelabur untuk:
Menyemak pegangan portfolio – memaparkan baki semasa akaun unit amanah
Menyemak status transaksi – memaparkan segala butiran transaksi unit amanah yang dilaksanakan melalui portal myASNB
Melakukan pelaburan tambahan – Urusniaga belian unit dapat dilaksanakan secara atas talian.
*Nota tambahan: Untuk urusan penjualan unit, tidak terdapat dalam portal. Anda masih perlu walk-in ke kaunter, dan ambil wang secara terus.
Hanya 3 Langkah Mudah
Langkah 1: Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
Daftar dan kemaskini nombor telefon bimbit untuk tujuan penghantaran TAC. Anda perlu ke cawangan atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit yang baru, dan daftarkan nombor telefon terkini dalam database mereka.
Langkah 2: Layari Portal myASNB
Klik pautan https://www.myasnb.com.my/ dan pilih “Daftar di sini”
Kemudian pilih “Teruskan”
Seterusnya klik pada kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat dan Dasar Privasi” dan tekan butang “Setuju”.
Langkah 3: Isi Maklumat Pemegang Unit
Anda perlu isi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan dan produk ASNB yang anda ada. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk anda menetapkan ID Pengguna dan kata laluan untuk pendaftaran akaun.
Masukkan nombor telefon yang anda dah daftar di langkah pertama tadi, dan TAC 6-digit akan dihantar ke telefon anda. Masukkan nombor TAC 6-digit yang anda terima.
Setelah siap ketiga-tiga langkah tersebut, sekarang bolehlah anda lakukan transaksi menyemak pegangan portfolio, menyemak status transaksi, dan melakukan pelaburan tambahan.
Tak perlu beratur panjang di kaunter lagi selepas ini, kecuali untuk jual unit amanah saham anda.
Catat Ulasan for "Daftar Dan Semak ASB Secara Online"