Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online MAIPk

Penerangan ringkas ini tentang cara/kaedah membayar zakat pendapatan online melalui laman web Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)

Mula-mula sekali perlu pergi ke laman web Maipk - zakat/kalkulator/kalkulator-zakat-pendapatan.html

Laman web bayaran zakat pendapatan online MAIPk


Lepas tu isi pendapatan tahunan anda dan butir-butir yang diperlukan....

Selepas isi semuanya, klik pada butang 'KIRA ZAKAT'.... zakat pendapatan anda akan dipaparkan bagi bayaran tahunan dan bulanan....



Jika anda dah puas hati dengan zakat yang dikenakan, boleh terus buat bayaran melalui PFX Online Banking. Bank yang boleh digunakan ialah MAYBANK, BANK ISLAM, RHB, AMBANK, CIMB dan rasanya semua bank support PFX ni...
Klik pada butang 'PEMBAYARAN MELALUI PFX', ini bagi bayaran jumlah zakat pendapatan setahun. Kiraan bagi zakat pendapatan setahun ialah PENDAPATAN LAYAK DI ZAKAT X 2.5%



Seterusnya, anda terus buat bayaran melalui PFX. Setelah selesai, anda akan menerima emel daripada PFX dan anda hendaklah print semua dokumen bayaran untuk rujukan selepas ini. Anda juga akan menerima sijil bayaran daripada MAIPk seperti di bawah...

Resit bayaran zakat pendapatan daripada MAIPk

Catat Ulasan for "Cara Bayar Zakat Pendapatan Online MAIPk"