Buangkan Sifat Ego Dan Bongkak Ibu Bapa, Luahan Guru


Aku nak ingatkan satu benda kepada mereka yang bergelar ibu bapa.
' Sebaik kau melangkah masuk ke kawasan sekolah, sila tinggalkan pangkat dan darjat kau orang kat pagar tu. "
Nanti pulang, ambil balik la pangkat tu. Tak kira apa pangkat sekali pun. Masuk je pagar sekolah, cukup bawa pangkat sebagai seorang ibu atau seorang ayah kepada seorang murid yang diajar oleh guru-guru biasa yang penuh komited menjalankan tugas.
Aku menulis hal ini, kerana banyak berlaku di depan mata aku sendiri ibu bapa yang bawa pangkat masuk ke kawasan sekolah. Bila anak dijentik, bila ada apa jua salah faham, ada yang datang tanpa lapor diri kat jaga. Main redah sahaja. Konon sebab dia orang besar.
Terus terjah masuk bilik GB atau Penolong Kanan dan dengan bongkak berkata,
" Cikgu tahu siapa saya? Saya Datuk bla...bla...bla..."
" Saya ini pengurus syarikat bla...bla...bla..."
" Saya ini rapat dengan menteri bla...bla...bla..."
" Abang saya kerja KPM. Orang besar bla...bla...bla..."
Tan Sri, Dato-dato, Datin-datin, orang-orang kenamaan sekalian, dengar sini Cikgu Korea nak cakap. Aku tahu kalian 'jual' nama dan pangkat itu nak bagi cikgu rasa gerun dan hormat pada kalian. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu itu tujuannya.
Tapi tahukah kalian, sebaik kalian menuturkan ayat tersebut, perkara pertama yang terlintas dihati para guru ialah,
" Sombong betul dia ni."
Hanya jelek penuh jengkel menyerang hati dan minda para guru sebaik mendengar ayat itu. Tiada langsung rasa hormat pada pangkat dan nama melainkan yang tinggal hanya perasaan jelek dan menyampah yang membuak-buak.
Tindakan menjaja pangkat dan nama orang kenamaan tidak sedikit pun memberi keuntungan pada tuan puan. Tidak!
Bahkan anak tuan puan makin dijauhi kerana kesombongan tuan puan.
" Itulah anak datuk yang sombong tu. Kau hati-hati kalau nak marah atau tegur anak dia. Nanti dia serang sekolah."
Ini ayat yang akan menjadi buah mulut cikgu-cikgu.
Apa jadi pada anak-anak kalau salah mereka tidak lagi dimarah dan ditegur? Apa kesan pada akhlak mereka?
Kau mungkin berasa hebat. Kau mungkin rasa 'power' bila tiada lagi guru berani tegur atau marah anak kau.
Tapi sejujurnya, anak itu dipulau. Anak itu tersisih dari didikan yang sepatutnya dia terima.
Dan sejujurnya, anak itu menjadi mangsa. Mangsa kesombongan pangkat dan nama yang kau jaja.
Masih rasa sombong dan bongkak dengan pangkat dan gelaran?
Fikirkan semula.

#MFS
Sumber: FB ThcerCollection

Catat Ulasan for "Buangkan Sifat Ego Dan Bongkak Ibu Bapa, Luahan Guru"