Peta Laluan Basikal Pulau Pinang

Berbasikal adalah mesra alam dan merupakan cara pengangkutan yang efisien di samping menjadi satu cara bersenam. Di Pulau Pinang, penggunaan basikal untuk aktiviti harian dan untuk bersenam sedang menjadi semakin popular. Bilangan penduduk yang berbasikal telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan Negeri dan MPPP juga memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan basikal selaras dengan seruan Cleaner Greener Penang. Halatuju dalam usaha ini perlu diperkukuhkan dengan polisi dan garis panduan penyediaan laluan dan kemudahan basikal.

Sejak dekad 2000 terutama sekali beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan basikal oleh penduduk tempatan mahupun pelancong telah semakin bertambah. Seiring dengan ini, lorong-lorong basikal samada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan bermotor telah disediakan di beberapa koridor di bahagian pulau, Pulau Pinang.

Koridor-koridor terlibat adalah:-
i. Persisiran pantai timur dari Batu Maung ke Queensbay Mall dan dari Pantai Jerejak ke Sungai Pinang.
ii. Kawasan pusat bandar George Town dan Zon Warisan.
iii. Persiaran Gurney ke Teluk Bahang
iv. Teluk Bahang ke Bayan Lepas.
v. Laluan di kawasan perkampungan dan tepi pantai di Balik Pulau.

Peta laluan basikal Pulau Pinang

Download file pdf penerangan tentang laluan berbasikal di Penang 

Catat Ulasan for "Peta Laluan Basikal Pulau Pinang"