Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mesyuarat Dan Taklimat Guru Penyelaras Bestari Dan Guru ICT


Tarikh  :  28.2.2014
Masa  :  3.00 petang
Tempat: PKG Gunong Semanggol

1. Ucapan alu-aluan oleh En Mansor, Penyelaras PKG Semanggol.
2. Ada dua taklimat berkaiatan ICT iaitu laporan permasalahn SPS dan laporan pengujian talian internet 1bestarinet.
3. Taklimat berkaitan dua perkara tersebut disampaikan oleh En Hafiz, Juruteknik PKG Semanggol.
4. Berkaitan dengan maklumat talian internet, Hafiz mengatakan pengujian dijalankan setiap jumaat pada akhir persekolahan seminggu sekali. Dan guru boleh merujuk pada lampiran yang diberikan.
5. Pengujian talian internet akan dijalankan bermula pada bulan Mac 2014.
6. Tujuan pengujian talian internet ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kelajuan internet yang dibekalkan oleh pihak Zoom Yes.ini disebabkan ada aduan daripada guru-guru    yang mengatakan pada sebelah pagi, kelajuan internet pada    tahap yang baik tetapi disebelah petang kelajuan kurang    memuaskan. jadi, pihak PKG Semanggol membuat keputusan untuk    membuat penilaian kelajuan dengan menggunakan borang yang    disediakan untuk menunjukkan sebagai bukti kepada pihak Zoom    Yes.
7. Pihak PKG Semanggol juga menyarankan kepada guru-guru ICT untuk mewujudkan buku log aduan tentang 1bestarinet.
8. Berkaitan dengan peralatan ICT, guru-guru ICT boleh membuat pelupusan ICT yang tempohnya 5 tahun ke atas dengan merujuk kepada cara pelupusan ICT.
9. Ada masalah semasa membuat pelupusan ICT yang mana peralatan ICT yang datang pada tahun 2002 nilai bagi aset semasa pada tahun tersebut dirangkumkan sekali dengan bangunan dan    peralatan ICT. Jadi, nilai peralatan ICT seperti komputer    tiada dalam senarai ketika itu. Maka pelupusan ICT tidak    dapat dilaksanakan akibat daripada nilai pukal tersebut.
10. Pengisian STS yang telah dilakukan pada tahun 2013 tidak perlu diisi semula kerana masih ada didalam sistem.
11. Penyelenggaraan bagi tahun 2013 dalam STS akan dibawa tahun 2014. Namun audit akan turun untuk melihat sekolah yang mengalami kerosakan. Hafiz mengatakan pihak audit akan turun     ke sekolah yang penyelenggaraan melebihi RM50,000. tetapi     dapat maklumat pihak audit tidak akan turun.
12. Bagi tahun 2014, diminta sekolah buat laporan dalam STS.
13. Data SSQS ditunjukkan band bagi tahun 2013. Sekolah yang mendapat band 5 iaitu SK Tebuk Panchor dan dan SJKT Ladang Yam Seng. Bagi sekolah-sekolah lain band 4.
14. Pihak PKG Semanggol mengatakan sekurang-kurangnya band 3 dan jangan band 2 kerana akan ada pemantauan dari pihak BTP Ipoh.
15. Berkaitan dengan Frog VLE penggunaan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya 30 minit seminggu. dan dalam VLE akan ada laporan penggunaan yang terdapat dalam sistem siapa yang     tidak pernah menggunakan VLE akan dipaparkan.sekolah-sekolah     perlu menggunakan VLE secara menyeluruh.
16. Pengisian SPS perlu dilaksanakan bagi sekolah-sekolah yang masih belum melengkapkan data SPS.
17. Guru-guru boleh mengisi laporan permasalahan yang berlaku semasa pengisian SPS dalam lampiran borang yang disediakan oleh pihak PKG Semanggol.
18. Pengisian dalam SPS dalam satu modul jika tidak diisi akan timbul di sistem JPN Perak. Jika diisi maka tidak akan ada paparan yang timbul di JPN Perak.
19. Modul PBS sebagai modul baharu dalam SPS.
20. Perancangan pelaksanaan PBS-SPS:
    a. Pengurusan pentadbir sistem.
    b. 4 modul teras LENGKAP-Pengurusan murid, pengurusan staf, pengurusan kemudahan dan pengurusan maklumat sekolah bila lengkap baru boleh isi pengisian jadual waktu.
    d. Pengurusan jadual waktu.
    e. Modul PBS.
    f. Modul kehadiran guru, modul kedatangan murid, modul Nilam.
21. Faktor kejayaan SPS dilihat sebagai isu penyelesaian bagi mengurangkan beban guru disekolah yang mana ia merangkumi kesemua elemen dalam pentadbiran sesebuah sekolah.
22. Kejayaan pelaksanaan operasi SPS berasaskan data asas daripada sistem maklumat murid, aplikasi pangkalan data murid dan pangkalan data guru.
23. Hal-hal lain:
    a. Perolehan peralatan dan perisian ICT
     - Sukacita dimaklumkan bahawa sebarang pembelian peralatan dan perisian ICT disekolah perlu dirujuk dan boleh memohon untuk mendapat kelulusan di bahagian teknikal JKICT, JPN Perak untuk menggunakan peruntukan-peruntukan khas yang diluluskan.
    b. Instrumen pemantauan.
    c. Cadangan kursus ICT.
     - Google apps dan SPS.
    d. Fail pengurusan ICT.
    e. Data sekolah 2014.
     - Profil Sekolah 2014
    f. Sumbangan penyelenggaraan ICT dari agensi luar.
     - Jika ada individu yang ingin menyumbangkan dan guru-guru boleh merujuk pada JPN/BTPN Perak bagi mengelak masalah akan datang.
     - Pastikan semua sekolah mempunyai antivirus (Symantec - 1bestarinet )
     - Pihak sekolah boleh menggunakan Windows XP SP3, Win Vista, Win 7 dan Win 8 untuk menggunakan antivirus. Pihak sekolah juga dinasihatkan untuk 'uninstall' antivirus yang sedia ada di dalam komputer tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.
7. Anugerah ICT
   - Masih dalam perrbincangan. Mana-mana guru ICT yang berkeinginan untuk menyertai, boleh memohon untuk anugerah tersebut.
8. No telefon Juruteknik PKG Semanggol (Hafiz) 011 2821 2831.
9. Penyediaan Kew Pa perlu dititikberatkan dalam pengurusan ICT bagi guru-guru yang menyelaras kerana jika diabaikan maka akan ada masalah 'surcharge' bagi peralatan ICT.
10. Mesyuarat dan taklimat tamat pada pukul 5.00 petang.

Catat Ulasan for "Mesyuarat Dan Taklimat Guru Penyelaras Bestari Dan Guru ICT"