Pembinaan Jadual Waktu Kelas dan Subjek Menggunakan Perisian aSc TimeTables


Software atau perisian susun jadual waktu pengajaran di sekolah/kolej atau universiti.

Anda memerlukan khidmat membuat jadual waktu sekolah. Boleh berhubung dengan Cikgu Azman dengan klik pada link ini (TELEGRAM)-> http://bit.ly/3rctQVQ atau Whatsapp ke 0193278398 atau klik sini https://wasap.my/60193278398

Dalam membina jadual waktu, pelbagai cara dan kaedah akan digunakan untuk menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran supaya jaudal waktu tersebut mengikuti standard yang telah ditetapkan serta memastikan jadual waktu tersebut tidak bertembung dengan guru-guru lain dalam satu kelas yang sama. Itu adalah tugas yang amat rumit dan memerlukan pemerhatian serta kecekapan yang tinggi. Apatah lagi kalau jumlah guru yang sedikit dan pembahagian mata pelajaran tidak adil. Tentu amat menyulitkan.

Namun, masalah ini dapat dikurangkan dan pembinaan jadual waktu menjadi lebih terancang dan mudah dengan menggunakan perisian aSc Time Tables. Perisian ini boleh digunakan dengan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Ini akan memudahkan penguna memahami cara mengunakan perisian ini. Bagi pengguna baru, tutorial juga ada disertakan. Tutorial ini akan mengajar pengguna menggunakan perisian ini dengan betul.

Software atau perisian susun jadual waktu aSc TimeTables boleh dimuat turun secara percuma. Perisian versi percuma ini sudah cukup bagi membina jadual waktu. Jika mahu perisian yang lebih lengkap, ia boleh dibeli.

Pembinaan Draf Jadual Waktu
Terdapat beberapa langkah awal yang perlu dilakukan secara manual. Antaranya ialah: 
Penentuan guru-guru kelas.
Penelitian terhadap prasyarat-prasyarat khas yang ditentukan seperti di dalam pekeliling khususnya KSSR dan KBSR.
Prasyarat khusus untuk GB, GPK, Guru Penyelaras Bestari, Guru Data, Guru Media/Sumber, Guru Disiplin dan yang berkaitan.
Prasyarat pembahagian susunan dan berapakah waktu single dan double.
Prasyarat dalaman seperti menggabungkan 2 kelas Pendidikan Moral menjadi 1 kelas sahaja pada waktu Pendidikan Islam.
Menentukan guru yang berpasangan, seperti guru jQAF dan guru pemulihan. 
Mentiadakan waktu PJ pada hari Isnin kerana perhimpunan rasmi.
Menjadikan kelas PJ tahap 2 serentak 3 atau 2 kelas dengan diajar oleh guru lelaki dan guru perempuan supaya memungkinkan pengasingan murid L/P jika diperlukan.
Menjadikan kelas B.Cina 1 kelas dan B.Tamil 1 kelas pada waktu serentak dengan waktu B.Arab.
Penetapan kelas ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains.
Menyediakan draf induk secara manual atau dlm microsoft excell yang mengandungi 
Kolum 1: Kelas-kelas dari darjah 1 hingga 6
Kolum 2: Guru kelas masing-masing
Kolum 3: Guru-guru utk subjek BM
Kolum 4: Guru-guru utk subjek BI dan subjek-subjek seterusnya.

Pembinaan Jadual Waktu Menggunakan Software atau perisian susun jadual waktu aSc TimeTables
1. Download aSc software (free unlimited trial!)
2. Install 
3. Mulakan software 
4. Semak tutorial 
5. Mulakan satu jadual baru (creat new) 
6. Isikan data asas 
7. Isikan data semua matapelajaran 
8. Isikan data semua kelas 
9. Isikan data semua bilik khas spt makmal, bilik media dll 
10. Isikan data semua nama guru 
11. Isikan data pengajaran (lessons) 
12. Semak semua data mengikut peruntukan KBSR dan KSSR. 
13. Test & Generate 
14. Jadual pun siap. ( jadual boleh dimurnikan lagi secara manual)

Perincian Data Input
Isi penting
Bagaimana saya boleh menyusun data guru, kelas, matapelajaran dan bilik khas mengikut susunan abjad?
Time-off, iaitu waktu rehat guru yang boleh ditetapkan secara khusus.

Data Mata Pelajaran (SUBJECTS)
Menentukan waktu: single, double atau mungkin triple period. 
Menentukan sesuatu matapelajaran di Bilik Khas spt Makmal Sains dll
Menentukan Time-off bagi sesuatu matapelajaran seperti menghalang P.Jasmani (PJ) yang tidak sesuai pada hari Isnin kerana murid diwajibkan berpakaian rasmi pada hari Isnin. Manakala P.Kesihatan dibolehkan.

Data Kelas
Menentukan Time- off  iaitu waktu rehat kelas terutamanya perbezaan bagi tahap 1 dan tahap 2.
Menentukan Division, iaitu pembahagian murid di dalam kelas kepada beberapa kumpulan spt murid P.Islam dan Murid P.Moral, mungkin juga murid pemulihan.
Menentukan Joint kelas, iaitu penggabungan 2 division menjadi satu kelas, spt menggabungkan dua atau tiga kelas P.Moral menjadi satu kelas yang berasingan pada waktu yang sama.

Data Guru
Menentukan Time- off  iaitu waktu rehat guru terutamanya GB, GPK dan guru tahap 1 dan 2.
Menentukan guru-guru kelas.
Menyemak jumlah waktu mengajar setiap guru dalam seminggu.
Menentukan jumlah waktu mengajar maksima guru dalam sehari supaya tidak lebih 8 waktu.
Menentukan nama ringkas guru.

Kredit
http://www.asctimetables.com/
http://www.asctimetables.com/download_en.html
http://mindapendidik.blogspot.com
http://jadualsksbs.blogspot.com 
http://cikguhijau.blogspot.com

Catat Ulasan for "Pembinaan Jadual Waktu Kelas dan Subjek Menggunakan Perisian aSc TimeTables"