Tarikan Pelancongan Berhampiran Bukit Merah Laketown Resort
Antara tarikan pelancongan utama yang terletak berhampiran Taiping atau Bukit Merah Laketown Resort adalah 'Fireflies' atau kelip-kelip di Kg. Dew yang terletak beberapa meter sahaja dari tol Kamunting (Taiping Utara) ianya juga boleh dimasuki dari jalan lama Bagan Serai yang menghala ke Taiping (jika anda menginap di Bukit Merah Laketown Resort).
cuba perhatikan cahaya yg dikeluarkan dari anggota serangga tersebut |
Menurut fakta sains, cahaya yang terhasil pada kelip-kelip disebabkan oleh campuran dua bahan kimia berserta oksigen menerusi proses yang dinamakan sebagai 'bioluminescence'. Juga difahamkan, spesies kelip-kelip yang terdapat di Malaysia adalah antara yang paling unik di dunia dari segi kerlipan cahaya !!!
Pengalaman menaiki bot untuk melihat serangga unik tersebut |
Hubungi saya bagi mendapat pengalaman menaiki bot untuk melihat serangga unik tersebut
Tarikan pelancongan yang tidak kurang hebatnya adalah, Kuala Gula Bird Sanctuary Park, ianya terletak sekitar 15-20 kilometer sahaja dari Bukit Merah Lake Town. Ianya merupakan sebuah lokasi yang tenang lagi mendamaikan dan amat baik sebagai lokasi pelancongan yang memberi manafaat kepada anak-anak anda. Selain itu, di kawasan sekitarnya juga terdapat hidangan 'kari Sembilang' yang amat istimewa, sungguh lazat bila dimakan dengan nasi putih ketika masih panas. Saya memberi 'credit' kepada masakan resepi tradisi ini kerana pernah menikmatinya...
Jika bernasib baik, anda akan berpeluang utk melihat spesies burang dari beberapa lokasi di dunia yg menjadikan kuala gula sebagai lokasi persinggahan |
Jeti di Kuala Gula |
HARGA PAKEJ KELIP-KELIP KAMPUNG DEW
PETA DARI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT KE KUALA GULA DAN KELIP-KELIP KAMPUNG DEW
*klik pada gambar peta untuk paparan lebih besar
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI (AZMAN) - 012-564 7424
Catat Ulasan for "Tarikan Pelancongan Berhampiran Bukit Merah Laketown Resort"