Melayu Dulu, Kini Dan Sepatutnya
Aku terpanggil untuk menulis entri ini selepas menonton cerekarama malam minggu lalu yang mana wataknya didukung oleh dramatis Normah Damanhuri dan artis bersuara serak, Jue Aziz. Drama tersebut dengan jelas mengimbau kembali kenangan aku semasa menyambut kelahiran anak sulung aku 1 tahun 3 bulan yang lalu. Saat itu aku terfikirkan tentang kos pendidikan yang perlu aku sediakan untuk pengajian puteri aku itu di masa hadapan dan apa yang dapat aku simpulkan dari cerita di dalam cerekarama dan kisah aku ini dapat dibahagikan kepada 3 zaman iaitu :
Melayu Dulu :
Sepertimana babak di dalam cerekarama hari itu, si ibu yang bernama Milah memberitahu kepada si anak (Syikin) bahawa beliau terpaksa menggadaikan tanah pusaka semata-mata untuk membiayai pengajian Syikin dengan harapan anaknya mampu menebus kembali tanah tersebut selepas anaknya bekerja nanti tapi bagi aku dan korang yang tak ada tanah, apakah alternatif yang ada pada kita?
Melayu Kini :
“Tak mengapa. Kita ada pinjaman PTPTN yang disediakan oleh kerajaan untuk membiayai pengajian anak kita di universiti nanti” tapi pernahkah korang terfikir apa akan jadi sekiranya tabung tersebut sudah tidak mempunyai baki lagi? Maklumlah makin ramai di kalangan kita yang mula liat untuk membayar balik apa yang telah kita pinjam. Katakanlah jika masih berbaki tetapi disebabkan dasar kerajaan yang mungkin berubah pada masa hadapan dengan menetapkan cuma golongan berpendapatan rendah sahaja yang layak memohon, apa lagi alternatif yang kita ada? Ya, mungkin simpanan kita tetapi banyakkah simpanan bulanan kita ketika ini untuk menampung pembelajaran anak kita di masa hadapan?
Melayu Yang Sepatutnya :
“Tanah kita tak ada, PTPTN ada hadnya, simpanan emm.. mungkin ada mungkin tidak”, the only way yang aku terfikir 1 tahun 3 bulan yang lalu dan menjadi antara sebab kenapa aku perlu melabur di dalam pasaran hartanah (selain dari untuk mendapatkan passive income) ialah sebagai sumber untuk membiayai pendidikan anak-anak aku nanti.
Korang kan tahu yang umur minimum untuk apply loan ialah 18 tahun dan katakanlah korang start membeli rumah untuk pelaburan korang pada usia anak-anak korang 1 tahun, maka selepas 17 tahun (iaitu masa untuk mereka melanjutkan pengajian ke IPT/IPS) adalah wajar untuk korang refinance balik rumah sewa korang tu bagi membiayai pengajian mereka. Ketika itu mungkin korang boleh masukkan nama anak korang tu sebagai co-borrower supaya tempoh pinjaman dapat dipanjangkan (secara automatik instalment akan jadi rendah) manakala lebihan yang korang bakal perolehi nanti bolehlah digunakan untuk menyekolahkan anak-anak korang tanpa perlu pening kepala memikirkan sumber-sumber lain dan pada masa yang sama rumah tersebut akan tetap dan terus dibayar oleh tenant korang. Dah le dapat duit dari refinancing, instalment bulanan rumah tu pulak akan terus dibayar oleh tenant korang. Tak ke seronok namanya?
Tips n Thots : Kata orang dulu-dulu “sediakan payung sebelum hujan” tapi kata bebudak muda sekarang “sediakan namecard sebelum ngorat awek”. Walau apa pun kata mereka, maksud yang cuba disampaikan tetap sama sepertimana entri di atas.
*Adaptasi dari Blog AE - telah diubah mengikut kesesuaian keadaan.

Catat Ulasan for "Melayu Dulu, Kini Dan Sepatutnya"