Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ujian Bertulis Untuk Permohonan Kerja Bagi Gred 41

Saya sedar bukan semua orang memiliki minda usahawan dan sanggup jatuh bagun beribu kali. Ada yang lebih senang kerja makan gaji dan membesarkan keluarga dengan bahagia. Itu juga tidak salah sama sekali. Itu juga sikap yang terpuji.

Jika anda graduan Sarjana Muda, anda pasti tahu yang tempat anda ada di Perkhidmatan Awam dengan tangga gaji Gred 41.

Tapi tahukah anda syarat dan ujian kemasukan ke jawatan Gred 41 pada tahun 2010 diketatkan sedikit dan anda harus melalui Ujian Bertulis yang dahulunya hanya untuk beberapa jawatan sahaja seperti M41 dan S41. Untuk tahun ini, jika anda telah mengisi borang SPA8, dan memilih antara 13 Jawatan di bawah ini, anda akan melalui satu ujian yang dinamakan "Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41". 13 Jawatan tersebut adalah;

1. Pegawai Arkib Gred S41
2. Penguasa Kastam Gred W41
3. Penguasa Bomba Gred KB41
4. Pegawai Siasatan Gred KR41
5. Penguasa Penjara Gred KX41
6. Pegawai Penerangan Gred S41
7. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
9. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
10. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
13. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
11. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
12. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Entah lah, sama ada ini satu konspirasi atau tidak, tapi ianya pasti menyukarkan calon mengisi jawatan ini..

Sebelum ini, peperiksaan ini untuk Pegawai PTD M41 dan Pegawai Agama Islam S41 sahaja. Tapi kali ini 13 jawatan di atas dianggap jawatan 'ELIT' kerajaan dan oleh itu tapisan yang dijalankan sedikit ketat dan memerlukan calon yang layak dan berkesungguhan sahaja.

Jika diikutkan statistik Ujian Bertulis untuk M41 Pegawai Tadbir Diplomatik yang lepas, ianya boleh dikatakan agak sukar dan ramai yang tak lepas..

1 ulasan for "Ujian Bertulis Untuk Permohonan Kerja Bagi Gred 41"