Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengisian PAJSK Sekolah Rendah Secara OFFLINE & ONLINE


Pengisian PAJSK dibuat secara offline dan juga online oleh guru-guru yang terlibat iaitu Guru Pendidikan Jasmani dan Guru Kelas.

Untuk pengisian secara online sila klik di sini: Pajsk Online

Manakala untuk pengisian secara manual boleh dilakukan dengan menggunakan Buku PAJSK yang ada dijual di pasaran.

Selain daripada itu terdapat juga Template Excel untuk pengisian secara offline yang telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga PPD.

Tapak ini juga merupakan tapak offline untuk pengisian markah dan penghasilan sijil Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Di dalam template ini juga dilampirkan panduan penskoran segak untuk mengisi markah segak, jadual pemarkahan sukan permainan, kelab persatuan, Badan Beruniform dan Ekstra Kurikulum.

Untuk pengisian secara offline sila muat turun di sini: PAJSK OFFLINE

  • Segak
  • Kokurikulum
  • Ekstra Kurikulum

Mungkin ramai yang kurang faham cara untuk mengisi markah di dalam borang offline mahupun online ini. Namun begitu KPM telah menyediakan panduan kepada guru untuk dijadikan rujukan bagi memastikan pengisian markah lebih seragam dan relevan.

Jika sebelum ini, penilaian tahap murid berbeza-beza dan sukar untuk dibuat kerana tiada pentaksiran dan tiada data serta maklumat dikutip. Dengan adanya PAJSK ini penilaian terhadap murid lebih bersistematik dan tersusun mengikut tahap dan pencapaian murid-murid.

Ibu-bapa juga perlu menggalakkan anak-anak mengaktifkan diri di sekolah tidak kiralah dalam apa jua bidang yang diceburi agar dapat diberi markah yang baik. Murid perlu seimbang dari segi Akademik dan Kokurikulum seperti mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan seimbang dari segi Jasmani Emosi Rohani dan Intelek.

Kerja-kerja pengisian ini mungkin akan mengganggu masa guru-guru, terutamanya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru Kelas kerana terpaksa berhempas pulas memastikan segala maklumat dan data dapat dikumpul untuk pengisian secara online.

Catat Ulasan for "Pengisian PAJSK Sekolah Rendah Secara OFFLINE & ONLINE"