Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelajar Perempuan Maut Terkena Pisau Mesin Rumput Semasa Latihan Kawad Sekolah

Lokasi kejadian pelajar perempuan maut terkena mata pisau rumput

Seorang pelajar SMK TAR GEMAS, meninggal dunia petang tadi kerana terkena bilah pisau di kepalanya dari traktor mesin rumput yang sedang memotong rumput di padang sekolah tersebut.

Menurut sumber terdekat di sekolah tersebut, katanya mata pisau mesin rumput tersebut terpelanting dan terkena tempurung kepala murid perempuan tingkatan 2. Murid perempuan tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian. Dipahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa pelajar-pelajar sedang membuat latihan kawad kaki bagi kejohanan sukan dan balapan sekolah tersebut yang akan diadakan pada esok hari.

Disamping itu juga, dipahamkan 2 orang murid lain turut sama terkena mata pisau rumput tersebut di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar.

Jenazah pelajar perempuan yang meninggal tersebut akan ditanam pada malam ini.

Menurut berita, kes ini akan disiasat dibawah kanun keseksaan 304.

Lagi gambar-gambar kejadian pelajar perempuan maut terkena bilah pisau mesin rumput di bawah:-






Catat Ulasan for "Pelajar Perempuan Maut Terkena Pisau Mesin Rumput Semasa Latihan Kawad Sekolah"