DARI GURU UNTUK MURID & GURU

Breaking


Saturday, February 24, 2018

Cuti Rehat Khas 10 Hari Mulai 2018


Kalau anak sakit, jagalah. Walaupun mereka tidak lagi faham mengapa mereka begitu penting bagi kau lagi.

Anak-anak adalah saham dunia akhirat, didiklah mereka, asuhlah mereka.
Supaya satu hari nanti, saat mereka mencapai kematangan, mereka akan mengerti.
Kepada rakan-rakan yang punya tanggungjawab sebagai pemimpin, berilah anak-anak kecil ini peluang bersama ibubapa mereka. Sakit dan kesusahan bukan diminta-minta.

Permudahkanlah urusan rakan-rakan kita, Tuhan akan permudahkan urusan kita kelak.
Aku memang cukup faham bila mana anak-anak sakit, penat menjaga lain, penat ke hulu ke hilir mengurus anak-anak ke hospital dan keluar masuk wad lain, bersengkang mata menyiapkan tugasan lain, bertegang urat dengan pasangan juga lain.
Mungkin kau tidak lagi punya anak-anak kecil, tapi sekurang-kurangnya. Kenanglah saat-saat kau membesarkan mereka.
Jiwa yang tenang dan penuh kasih sayang, pasti akan membawa kecemerlangan yang tidak terbilang kepada organisasi yang kau sayang.

Fb: Firdauz Abdullah,
Bapa - Guru - Suami

*ada pulak yang jadi paparazi dan ambil foto aku petang tadi di hospital. Memang seminggu ni aku ambil cuti kuarantin menjaga anak-anak. Demam on-off disebabkan HFMD. Keluar masuk wad pun dah. Mana isteri? Ohhh dia di sektor swasta. Kau fahamlah kan? Betapa payahnya nak cuti.

Jom layan video 'KASIH BAPA'...




Hartanah|Saham|Viral Di Internet|Jalan-Jalan Cari Makan|Tips|Cerita Lawak
www.azman.men

No comments:

Post a Comment


[ Dasar Privasi ] | [ Dasar Keselamatan ] | [ Penafian ]
[ Hubungi Saya (Contact Me) ]