Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tindakan Sebelum, Semasa Dan Selepas Mengambil Tablet Guru

Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas hadir majlis agihan tablet peringkat daerah untuk mengelakkan timbulnya sebarang masalah yang boleh menyebabkan agihan tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Sila rujuk panduan berikut :

SEBELUM (Di sekolah)
1. Edar borang penurunan kuasa kepada guru-guru yang ada dalam senarai. Kalau ada guru-guru yang ada nama tapi berpindah, atau menunaikan haji atau pencen, boleh direct call kami untuk tindakan selanjutnya.
2. Jika ada guru yang menolak, mohon guru tadi isi borang penolakan.
3. Seboleh-bolehnya, biar cikgu ttandagan dahulu, lepas tu baru agih ikut wakil2 yang dilantik untuk penurunan kuasa.
4. Guru-guru yang hadir di majlis agihan xperlu tandatangan borang penurunan kuasa sebab mereka boleh terus ambil disana. klu nk stanby xda masalah.
5. Sekiranya ada guru yang tercicir, boleh mengisi borang keciciran dan serahkan ke ppd ict.
6. Susun borang penurunan kuasa mengikut abjab dan wakil yang diberi kuasa. Contoh no.1 hingga no.30 wakil 1, no.31 hingga no.50 wakil 2 dan terusnya.

=============================================

SEMASA AGIHAN
Pendaftaran :
1. Semakan borang penurunan kuasa. Ikut susunan nama yg telah diberi.
2. Ada pengesahan GB dikaunter ini.

Team Diminta ke meja:
1. Akan diberikan 4 borang (hijau,kuning,putih,biru) untu guru yg diberi  penurunan kuasa tu tanda tangan.
2. Sesi tanda tangan dan cop2 bermula.

Guru ICT :
1. Diberi tablet terlebih dahulu.
2. Selesai tandatangan borang, masuk ke satu bilik untuk semakan tablet satu persatu.
3. Wakil lenovo akan tanya nama sekolah dan akan keluarkan semua bilangan tablet dan diletak atas meja.
4. Mereka on setiap satu dan uji samada ia nya berfungsi atau samada ada retak skrin atau masalah skrin. (Jika ada masalah tablet,ia nya akan ditukar serta merta).

Taklimat Penggunaan Tablet & ETUTOR:
1. Oleh Pegawai Utusan secara face to face..boleh tanya apa2 soalan kpd mereka.

Taklimat sim kad xpack:
1. Oleh wakil CELCOM. dpt flyers..

Ambil semua tablet dan aksesori (cover plastik). Sekiranya ada yang tercicir boleh terus serahkan borang keciciran kepada ppdict yang bertugas.

CADANGAN :
Bilangan  yang hadir bagi tiap sekolah, minimum 5 atau 6 orang iaitu:
1. Seorang tugas mengecop semua borang2.
2. Dua orang menandatangan (yang ada cop & jawatan)- mgkin lebih ikut bilangan guru. klu bawah 20 cukup seorang saja.
3. Seorang mendengar taklimat teknikal dari utusan dan celcom (Guru ICT).
4. Dua orang penyemak tablet (setiap tablet).klu bawah 20 cukup seorang saja.

===============================================

SELEPAS
1. Guru yang mendengar Taklimat Tutor Guru dan e-Paper Utusan kena buat inhouse training kepada semua guru di sekolah masing-masing.




Catat Ulasan for "Tindakan Sebelum, Semasa Dan Selepas Mengambil Tablet Guru"