Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Band Prestasi Sekolah Rendah Daerah Kerian 2013

 
Sejarah SKPM
  • JNJK memperkenalkan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) pada 2001.
  • Berdasarkan maklumbalas, SKPM telah dipermudahkan untuk menggantikan STKP pada 2003.
  • Pada tahun 2009/2010, SKPM disemak semula sejajar dengan Hala Tuju JNJK 2010-2015 dan pengenalan NKRA berkaitan pendidikan - Tawaran Baru.

Tujuan SKPM 2010
  • Menetapkan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlanagan yang dikehendaki atau yang sepatutnya dicapai oleh sekolah.
  • Memerihalkan secara eksplisit maksud frasa "taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan" seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 - Sub Seksyen 117 (a)
  • SKPM juga dapat meluaskan jangkauan tindakan JNJK dengan mengupayakan sekolah untuk mengaplikasikan sendiri sisitem pemastian standard kualiti tanpa kehadiran Nazir Sekolah.
  • Satu inisiatif bagi meningkatkan tahap profesionalisme warga pendidik di sekolah.
  • Mencetus kesedaran/gerakan memelihara kualiti pendidikan di sekolah melalui:
  1. Memperkasakan sekolah selaras dengan perubahan/perkembangan/cabaran semasa seperti globalisasi/ dunia tanpa sempadan (borderless world).
  2. Memenuhi dasar negara seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Wawasan 2020, Program Transformasi Kerajaan (GTP) misalnya NKRA, NKEA dan pembangunan modal insan.

Kepentingan SKPM 2010
  • JNJK/ Bahagian KPM - Sebagai panduan untuk mengukur standard kualiti sekolah semasa melaksanakan penaziran/pemantauan/penyeliaan.
  • Pihak sekolah - sebagai panduan pemastian kualiti pendidikan melalui:
              Penarafan Kendiri Sekolah (PKS-SKPM)
                a) mengukur standard di sekolah
                b) mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan isu
              Penyediaan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Harapan daripada Penggunaan SKPM
  • Budaya mementingkan kualiti dalam pengurusan pendidikan di sekolah diperkukuhkan.
  • Sekolah yakin bahawa pemastian kualiti boleh diuruskan sendiri oleh pihak sekolah.
  • SKPM diterima oleh sekolah sebagai gagasan profesional lebih daripada gagasan pentadbiran.

Catat Ulasan for "Band Prestasi Sekolah Rendah Daerah Kerian 2013"